Kofi Annan meninggal dunia

Astro Awani
Ogos 18, 2018 09:54 MYT
Annan berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006. - Facebook/Kofi Annan
Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meninggal dunia pada Sabtu. Beliau berusia 80 tahun.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya sebentar tadi, ia menyatakan Annan meninggal dunia di samping isterinya Nane, dan anak-anak mereka Ama, Kojo dan Nina.
Menurut laporan media antarabangsa, Annan menghembus nafas terakhirnya di Geneva, Switzerland.

It is with immense sadness that the Annan family and the Kofi Annan Foundation announce that Kofi Annan, former Secretary General of the United Nations and Nobel Peace Laureate, passed away peacefully on Saturday 18th August after a short illness... pic.twitter.com/42nGOxmcPZ

— Kofi Annan (@KofiAnnan) August 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Annan, seorang anak kelahiran Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006.
Pada tahun 2001, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bagi usahanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
Jawatankuasa Nobel juga mengakui komitmennya dalam membanteras penyebaran virus HIV di Afrika.
Antara lain, Annan merupakan pengasas dan pengerusi Kofi Annan Foundation.
#Kofi Annan #Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu #United Nations