awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kokpit berasap, pesawat A380 Emirates mendarat cemas di Colombo

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2015
13:35 MYT
Kokpit berasap, pesawat A380 Emirates mendarat cemas di Colombo
Sebuah pesawat penerbangan Emirates A380 membuat pendaratan kecemasan di Sri Lanka pada Jumaat, setelah juruterbang mengesan asap di kokpit.
Sebuah pesawat penerbangan Emirates A380 membuat pendaratan cemas di Sri Lanka pada Jumaat setelah juruterbang mengesan asap di dalam kokpit.
Sejurus kejadian, juruterbang pesawat berkenaan dilapor membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan.
“Juruterbang berkata ‘May Day, May Day’ dan kami terus mengaktifkan kesemua perkhidmatan kecemasan kami dan membantu pesawat membuat pendaratan selamat,” kata Ketua Pegawai Perkhidmatan dan Navigasi Udara, Crishanthi Tissera kepada stesen berita AFP.
Menurut laporan, pihak bomba dan unit keselamatan serta perubatan diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga setelah menerima panggilan kecemasan tersebut.
Pesawat Airbus A380 itu kemudiannya mendarat 39 minit selepas panggilan kecemasan pertama dibuat dan kesemua 471 penumpang dan 30 anak kapal dilaporkan selamat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tersebut, pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal.
Para penumpang kemudiannya dipindahkan ke pesawat Emirates yang lain untuk meneruskan perjalanan.
Topic Berkaitan
#Emirates
#kecemasan
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan