TIGA dilaporkan maut manakala sembilan lagi cedera selepas kolam renang di atas sebuah bangunan runtuh di Zhengzhou, ibu negeri wilayah Henan, China pada Isnin.

Rakaman udara menunjukkan sebahagian daripada bumbung bangunan itu telah runtuh dengan serpihan konkrit bertaburan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mempunyai butiran lanjut mengenai perkara itu dan punca runtuhan masih dalam siasatan.

Kesemua 12 mangsa yang terperangkap telah selamat dibawa keluar dari bangunan tersebut pada jam 3 petang waktu tempatan.

Tragedi Runtuhan | Kolam renang runtuh, tiga disahkan maut di China