DUNIA
Kolera ragut 40 nyawa di Darfur, Sudan - NGO
Seorang petugas kesihatan memberikan vaksin kolera secara oral kepada seorang wanita semasa kempen vaksinasi selama 10 hari di Khartoum, Sudan. - Foto AP
KHARTOUM: Wilayah Darfur di barat Sudan mencatat lebih 2,300 kes kolera dan 40 kematian dalam tempoh seminggu lalu, menurut kenyataan Doktor Tanpa Sempadan atau Medecins Sans Frontieres (MSF), pada Khamis, lapor Xinhua.
"Di samping berdepan peperangan, rakyat Sudan kini mengalami wabak kolera paling buruk dalam beberapa tahun," kata MSF dalam satu kenyataan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan pada Rabu, jumlah kumulatif kes kolera kini mencecah 99,756 dengan 2,475 kematian, melibatkan 132 kawasan di semua negeri.
Kolera kini menular dengan meluas di kawasan penempatan pelarian, terutamanya di Tawila dan Golo, yang sedang mengalami kekurangan serius bekalan air bersih dan perkhidmatan sanitasi, kata MSF.
"Apabila orang ramai bergerak untuk melarikan diri daripada pertempuran, kolera turut merebak lebih jauh, termasuk ke Chad dan Sudan Selatan.
"Keadaan ini amat mendesak," kata Ketua Misi MSF di Sudan Tuna Turkmen, dalam kenyataan itu.
Beliau menggesa tindakan segera di peringkat antarabangsa bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan, menambah baik bekalan air dan sanitasi, serta melaksanakan kempen vaksinasi kolera di kawasan terjejas.
"Mangsa perang tidak sepatutnya dibiarkan mati akibat penyakit yang boleh dicegah," katanya.
Sudan terus bergolak akibat konflik antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces, yang tercetus pada April 2023.
Pertempuran itu meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal, baik di dalam negara mahupun merentasi sempadan, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan negara itu.
-- BERNAMA