DUNIA
[KOLUMNIS] Mesir dapat projek US$35 bilion daripada Israel
Syarikat tenaga Israel, NewMed telah menandatangani perjanjian rekod US$35 bilion untuk membekalkan gas melalui kawasan telaga minyak Leviathan ke Mesir dalam perjanjian eksport terbesar dalam sejarah Israel. - Gambar/ Alkhair Malaysia
PENGUMUMAN Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Knesset atau Parlimen negara itu pada Jumaat lalu yang rejim pengganas Zionis akan melancarkan serangan terbaharu ke atas Gaza dalam masa terdekat sebagai “cara terbaik” untuk menamatkan perang dan membebaskan wilayah berkenaan daripada pengaruh Hamas tidak mengejutkan.
Tetapi apa yang mengecewakan, dalam keadaan lebih 60,000 nyawa melayang akibat pembersihan kaum secara terancang, pemimpin negara Islam apatah lagi dengan pemimpin Arab yang sedarah daging dengan mereka masih mendiamkan diri.
Sesetengahnya terus membutakan mata dan memekakkan telinga seperti yang dibuat oleh Raja Abdullah daripada Jordan, yang mana hampir separuh penduduknya berketurunan Palestin.
Tunjuk perasaan dan bantahan rakyat di negara itu diteruskan walaupun dalam skala yang kecil supaya Amman membuka sempadan untuk membantu saudara mereka di Tebing Barat dan Gaza tetapi ia tidak diendahkan.
Lebih tidak dapat diterima akal, Permaisuri Rania sendiri berketurunan Palestin, tergamak hati melihat mereka yang senasab dengannya diperlakukan pada kedudukan paling hina oleh Zionis.
Manakala, di Mesir, Presiden Abdel Fattah al Sisi pula meneruskan pembohongan terhadap rakyat sendiri dan dunia mengenai pendirian Kaherah berhubung pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Dalam komennya pada Selasa lalu beliau menafikan tuduhan yang Mesir tidak membuka pintu sempadannya seperti yang didakwa bahkan menegaskan ia adalah satu kenyataan janggal.
Lagi pelik bin ajaib, sanggahan berkenaan dibuatnya selepas berita tersebar bahawa syarikat tenaga Israel, NewMed telah menandatangani perjanjian rekod US$35 bilion untuk membekalkan gas melalui kawasan telaga minyak Leviathan ke Mesir dalam perjanjian eksport terbesar dalam sejarah Israel.
Melalui perjanjian itu, ia akan menjadi hab tenaga di timur Mediterranean yang juga menjadi transit kepada gas cecair asli (LPG) ke Eropah dan Afrika.
Temberang beliau didedahkan Mada Masr, sebuah saluran berita bebas yang telah membuat liputan rapat mengenai perjanjian tenaga kedua-dua negara.
NewMed berkata ia akan menjual 130 kubik meter padu gas asli (CBM) kepada Mesir dalam tempoh 15 tahun akan datang, jumlah bersamaan dengan kira-kira dua tahun daripada jumlah penggunaan gas negara.
Sebelum ini telah dilaporkan pada 2018 yang East Gas, sebuah syarikat yang majoritinya dimiliki oleh Perkhidmatan Perisikan Am Mesir yang menjadi nadi kepada perjanjian sebelumnya untuk mengimport dan menjual semula gas Israel.
Perkembangan pada minggu lalu membuka satu lagi pekung yang negara ‘Firaun’ itu menjadi ‘client state’ kepada agenda Zionis dan Amerika Syarikat (AS).
Demi memenuhi nafsunya yang besar, Presiden Sisi enggan mengalah dengan peningkatan pengaruh Turkiye dan Iran di rantau Asia Barat.
Dalam keadaan negara yang miskin dan kekurangan sumber komersial asli seperti minyak mentah dan bahan galian, Kaherah tiada pilihan lain untuk berlawan dengan dua negara berkenaan.
Pilihan yang ada adalah menjadi mengikat diri dengan kepentingan AS dan Zionis untuk kepentingan diri dan kuasa.
Lagikan nasib rakyat sendiri tidak terbela apatahlah sangat dengan nyawa penduduk Palestin di Gaza untuk dipertahan!
Selepas ini kita tunggu apa lagi ‘auta’ yang akan diratib Presiden Sisi untuk menutup sisinya.
* Artikel ini ditulis oleh Razali Awang, Perunding Media Alkhair Malaysia.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dapatkan berita terkini di sini