INTERNATIONAL
[KOLUMNIS] Perang perdagangan Trump hancurkan hegemoni USD
Presiden Donald Trump pada Rabu mengumumkan gelombang tarif baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas import dari semua negara yang berdagang dengan AS. - Foto Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat(AS) Donald Trump mengumumkan akan mengenakan tarif asas 10% ke atas semua import ke negaranya dan juga tarif timbal balik yang lebih tinggi ke atas puluhan negara yang mempunyai lebihan dalam perdagangan dua hala, termasuk Malaysia yang berdepan dengan tarif timbal balik sebanyak 24%, Indonesia dengan kadar 32%, Thailand dengan kadar 36% , Vietnam dengan kadar 46%, Kesatuan Eropah dengan kadar 20%, India dengan kadar 26% , Jepun dengan kadar 24% dan Korea Selatan dengan kadar 25%.
Dulu Donald Trump telah mengenakan tarif tambahan sebanyak 20% ke atas produk dari China. Setelah tambah lagi tarif timbal balik sebanyak 34% pada kali ini, tarif yang dikenakan kepada China telah ditingkatkan kepada 54%.
Boleh dikatakan, Trump telah mencetuskan perang perdagangan di seluruh dunia.
Tarif merupakan senjata yang paling banyak diguna, mungkin juga senjata yang satu-satunya diketahui oleh Donlad Trump untuk menguruskan hubungan antarabangsa. Tapi yang hairan adalah jabatan yang profesional untuk menguruskan hubungan perdagangan dalam kerajaan AS, seperti Jabatan Perdagangan dan juga pakar-pakar ekonomi di negara itu gagal memainkan peranan lagi dalam pentadbiran negaranya.
Kongsi satu cerita yang lucu tapi benar-benar berlaku. Ketika Donald Trump buat kali kedua mengumumkan tarif tambahan sebanyak 10% kepada produk dari China bermula 4 Mac melalui Turth Social pada 27 Feb, pegawai Kementerian Perdagangan China segera menghubungi rakan sejawatnya di Jabatan Perdagangan AS untuk mengesahkan berita tersebut. Tak sangka pegawai Jabatan Perdagangan AS berkata, mereka belum diketahui maklumat tersebut.
Negara yang mempunyai lebihan dalam perdagangan dengan AS disifatkan sebagai musuh oleh Donald Trump, tapi tiada pakar ekonomi berani memberitahunya ini tanggungjawab USD sebagai mata wang perdagangan antarabangsa.
Dengan lebihan itu, negara-negara lain baru mempunyai USD untuk menjalankan aktiviti perniagaan di arena antarabangsa. Negara-negara lain memegang rizab USD, juga membantu mengekalkan kredit USD.
Pada masa yang sama, status USD sebagai mata wang antarabangsa telah membawa faedah yang luar biasa kepada ekonomi AS. Misalnya ia membolehkan negara itu menerbitkan lebih banyak USD untuk membeli produk dari pelbagai negara lain, mengekalkan taraf kehidupan penduduk AS yang paling tinggi di dunia.
Dari jangka masa pendek, perang tarif akan membantu USD mengalir kembalik ke AS. Tapi dari jangka masa panjang, Donald Trump sedang menghancurkan hegemoni USD.
Misalnya ketika China dan Malaysia tidak mempunyai USD yang cukup dalam perdagangan dua hala, kita akan terpaksa menggunakan mata wang sendiri atau langsung mengadakan pertukaran produk. Tetapi, ekoran pengurangan import dari dunia, USD yang semakin banyak dalam tangan Donald Trump mesti akan melonjakkan inflasi di negara itu.
Buat masa ini, apa yang kita perlu lakukan adalah memperkukuh lagi hubungan perdagangan antarabangsa di luar AS, terus menggalakkan perdagangan bebas melalui CAFTA, RCEP, EEPA, B&R dan pelbagai mekanisme kerjasama multilateral yang lain, bagi menjamin pembangunan dan kemakmuran bersama di samping bertindak balas terhadap impak dari AS buat sementara dan kehancuran hegemoni USD pada masa depan.
*Satria Zhang adalah wartawan China Radio International (CRI).
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.