DUNIA
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Pengeluaran makanan yang merosot dengan ketara, mendorong kenaikan mendadak harga barangan keperluan asas di Sudan. - Foto Alkhair Malaysia
BEBERAPA kawasan utama yang dahulu menjadi ikon dan nadi Khartoum kini menjadi bandar mati dengan sisa-sisa kemusnahan akibat konflik sesama sendiri yang perlu diambil iktibar yang perang bukan satu penyelesaian.
Bermula dari tempat kami menginap di Arkaweet, Omdurman dengan melewati jalan-jalan utama sehingga jambatan yang merintangi pertemuan Sungai Nil Putih dan Nil Biru, kesan pertempuran sengit ada di mana-mana.
Sama ada bangunan utama, kediaman wa ima sekecil-kecil premis tidak terkecuali menjadi sasaran peluru dan bom.
Bangunan yang dahulu gah dan menjadi ikon seperti Menara Greater Nile Oil Company, Istana Presiden, Masjid Nilian dan banyak lagi telah punah dalam pertembungan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF).
Nasib yang sama juga menimpa Kompleks PETRONAS Sudan di Nile Avenue yang dibina dengan anggaran kos RM200.303 juta.
Ia kini menjadi bangunan berhantu!
Ketika pertama kali menjejakkan kaki pada 2008, ketika bertugas dengan Unit Berita dan Luar Negara, TV3 untuk membuat liputan kempen Dapur Untuk Darfur, keadaannya jauh berbeza.
Pada misi kali ini, Khartoum nampak membangun dengan banyak bangunan ikonik moden tetapi ia dipenuhi dengan sisa kemusnahan.
Bandar di pinggir Sungai Nil yang menempatkan sebahagian besar institusi kerajaan, bank, syarikat besar dan industri kini beroperasi pada tahap minimum atau tidak berfungsi langsung.
Banyak premis perniagaan ditutup, kilang terbiar dan pasar tradisional lumpuh akibat ancaman keselamatan serta gangguan bekalan.
Konflik turut memberi kesan besar kepada sektor pertanian, yang menjadi sumber pendapatan utama negara dan tulang belakang ekonomi Sudan.
Aktiviti pertanian terganggu akibat perpindahan petani, kerosakan sistem pengairan serta kekurangan bahan input.
Akibatnya, pengeluaran makanan merosot dengan ketara, mendorong kenaikan mendadak harga barangan keperluan asas dan meningkatkan tahap ketidakjaminan makanan di seluruh negara.
Keupayaan kerajaan menjana pendapatan negara semakin lemah susulan kejatuhan eksport dan gangguan aktiviti ekonomi.
Nilai Pound Sudan terus menyusut, mendorong inflasi tinggi dan menghakis kuasa beli rakyat.
Setakat 30 Januari 2026, 1 SDG bersamaan 0.00166 dolar AS.
Dalam keadaan merudum sebahagian besar perbelanjaan negara tertumpu kepada kos ketenteraan, menjejaskan keupayaan kerajaan menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat.
Kini, lebih separuh penduduk Sudan memerlukan bantuan kemanusiaan, manakala berjuta lagi menjadi pelarian dalam negara (IDP).
Keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan besar kepada sistem bantuan, tetapi turut membantutkan pemulihan ekonomi apabila tenaga kerja dan aktiviti produktif semakin berkurangan.
Pemerhati ekonomi menyifatkan situasi semasa sebagai kejatuhan ekonomi secara menyeluruh, bukan sekadar kemerosotan sementara.
Tanpa penyelesaian politik dan gencatan senjata menyeluruh, ekonomi Khartoum dan Sudan dijangka terus berada dalam keadaan lumpuh, dengan kesan langsung terhadap kestabilan sosial dan kelangsungan hidup rakyat.
Krisis yang berlaku memerlukan usaha bersungguh-sungguh masyarakat antarabangsa bagi mencari titik penyelesaian bagi mendamaikan pihak bertelagah.
Jika dahulu konflik di bahagian selatan menemukan noktah selepas Sudan Selatan mendapat kemerdekaan pada 9 Julai 2011 yang mengakhiri antara perang saudara terpanjang di Afrika dan menjadi negara termuda di dunia yang diiktiraf PBB sebagai negara anggota ke-193, pertembungan kuasa tentera yang sedang berlaku ketika ini juga pasti ada formulanya.
Malangnya pemisahan itu tidak memberi kesan kepada kestabilan politik kepada Khartoum kerana ia terus bergolak dengan krisis politik dalaman, isu kemiskinan ekstrem dan konflik etnik seperti di Darfur dan Kordofan.
Bantahan besar-besaran pada 2019 yang menjatuhkan Presiden Omar Al-Bashir yang berkuasa selama tiga dekad, kudeta tentera 2021 di bawah pimpinan Jenderal Abdel Fattah Al-Burhan (SAF) dan Mohamed Hamdan Dagalo (RSF/Hemedti), menggulingkan pemerintah awam sementara telah cukup membuatkan rakyat Sudan sengsara.
Pertembungan dua watak ini telah membawa kepada konflik bersenjata pada April 2023 telah melumpuhkan hampir keseluruhan sistem ekonomi Sudan sehingga menjadikannya antara krisis kemanusiaan terbesar ketika ini.
Dalam masa lebih dua tahun lebih 400,000 nyawa penduduknya telah menjadi korban dan lebih 12 juta menyelamatkan diri ke kawasan selamat.
9 juta rakyat menjadi pelarian dalam negara (IDP) manakala bakinya melarikan diri ke negara tetangga seperti Chad, Mesir, dan Sudan Selatan.
Ketika rakyat Malaysia teguh menentang genosid yang dilakukan rejim pengganas Zionis ke atas penduduk Palestin jangan lupa kesengsaraan saudara mara kita di Sudan yang ketika ini berdepan dengan nasib yang sama.
Bezanya mereka menjadi mangsa kerana kerakusan kuasa dan politik daripada pemimpin yang seakidah dengan kita.
*Razali Awang ialah Perunding Media Alkhair Malaysia
**Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan pemerhatian bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.