DUNIA
[KOLUMNIS] Realisasikan mimpi Palestin jadi negara, kalau bukan sekarang, bila lagi?
Negara Palestin ini sudah ada dalam jiwa raga setiap warganya yang terpelanting ke banyak negara di mana mereka menjadi pelarian. - Gambar hiasan
LAMA sebelum Perdana Menteri United Kingdom (UK) Kier Starmer memberi pengiktirafan kepada Palestin sebagai sebuah negara, ada sepucuk surat yang cukup kuat kuasanya daripada Setiausaha Luar Britain bernama Arthur James Balfour.
Ringkasan AI
Surat itu ditulis pada 2 November 1917 kepada Lord Rothschild, pemimpin masyarakat Yahudi Britain. Dalam surat itu terkandung luka yang mendalam kepada Palestin, yang sehingga kini sukar untuk sembuh, bahkan, terus-terusan berdarah.
Antara lain, isi kandungan surat itu menyatakan sokongan rasmi kerajaan Britain untuk sebuah "rumah, penempatan, tempat berlindung" - namakan apa sahaja - kepada penduduk Yahudi di Palestin.
Tidak kisah jika ketika itu Perisytiharan Balfour berlaku semasa Perang Dunia Pertama atau ketika mana Britain mahu mencari sokongan politik dan strategik daripada gerakan Zionis serta komuniti Yahudi antarabangsa, khususnya di Amerika Syarikat dan Rusia, bagi mengukuhkan kedudukan mereka menentang Jerman dan sekutunya.
Ini kerana tujuan utama perisytiharan Balfour ini ialah memenuhi agenda geopolitik Britain. Dengan kata lain, ia bermatlamat memastikan kawalan ke atas Palestin yang strategik, terletak berhampiran Terusan Suez, laluan penting untuk perluasan empayar.
Namun, perisytiharan ini menimbulkan percanggahan kerana ia menjanjikan tanah Palestin kepada dua pihak berbeza, iaitu bangsa Arab dan masyarakat Yahudi.
Kesan perisytiharan ini sangat besar kerana ia menjadi asas kepada mandat British di Palestin (1920-1948) dan memberi landasan politik kepada projek-projek Zionis.
Bagi penduduk Palestin, ia dilihat sebagai pengkhianatan yang membuka jalan kepada kehilangan tanah, konflik politik, dan akhirnya penubuhan negara Israel pada 1948 serta masalah pelarian yang masih berlarutan hingga hari ini. Itulah luka yang tidak sembuh-sembuh, bahkan terus-terusan berdarah.
Maka, kesimpulan yang boleh dibuat, Perisytiharan Balfour bukan sekadar dokumen diplomatik, tetapi titik mula konflik Palestin-Israel moden yang belum berkesudahan, tidak sehingga kini.
Kesan persetujuan itu : Yahudi daripada Amerika Syarikat datang; Yahudi daripada Britain berkumpul; Yahudi daripada Rusia membina penempatan. Palestin diusir, Yahudi menjadi tuan tanah, habis semua dirampas segala.
Hari ini apa yang terjadi di Palestin, itulah akarnya daripada Perisytiharan Balfour, pada 1917. Ia memadamkan impian Palestin untuk menjadi sebuah negara.
Tunggu dulu, bukan saya yang cakap. Ada buku ditulis sejarawan Palestin, Rashid Khalidi, memperincikan kesan perjanjian itu dengan landskap yang dilihat hari ini di Palestin.
Dalam "The Hundred Years War on Palestine: A History of Settler-Colonialism and Resistance, 1917-2017" diterbitkan pada 2020, Rashid berhujah tindakan Britain membuka jalan kepada satu bentuk penjajahan yang masih berterusan melalui Israel.
Menggabungkan sejarah peribadi keluarga, Rashid dengan naratif politik, membaca buku itu, kita seolah-olah berasa dekat dengan penderitaan serta apa yang berlaku sekarang di Palestin.
Daripada era Yasser Arafat dan Ariel Sharon, di mana kedua-duanya kini sudah tiada.
Daripada semasa Hamas di bawah Sheikh Ahmad Yassin sehingga Ismail Haniyeh, Palestin tidak berubah, tetap diberi mimpi untuk menjadi sebuah negara, ada perbincangan untuk penyelesaian dua negara.
Daripada pimpinan Fatah di bawah Abu Mazen atau Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, nyawa warga Palestin sangat murah harganya sehingga beratus-ratus ribu meninggal dunia, syahid usah cerita di mucung senjata, peluru tidak bermata.
Palestin pernah dijanjikan penyelesaian dua negara, berkali-kali. Palestin pernah hampiri jadi sebuah negara, beberapa kali.
Sehingga pada satu peringkat, mimpi Palestin jadi negara, berkembang mekar. Warga Palestin ria bukan kepalang.
Segarkan ingatan pada tahun 2012. Di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemimpin Palestin dikenali Abu Mazen atau Mahmoud Abbas pernah meminta dikeluarkan sijil lahir negara Palestin apabila badan dunia itu memberi pengiktirafan sebagai pemerhati berstatus negara.
Ketika itu, impian mahukan Palestin jadi negara bagaikan tidak boleh ditahan-tahan lagi apabila Abu Mazen berkata: " Kita sekarang sudah punya negara. 138 negara menyokong Palestin, memberi pengiktirafan kepada Palestin."
Kesudahannnya, Palestin masih begitu. Penempatan haram makin lebar. Penduduk makin tertekan. Lebih ramai mati kerana keganasan Zionis. Dunia membisu. Palestin terus menangis, luka terus menghiris diminta keluar dari tanah air sendiri.
Di lapis lain, ada gerakan yang membantu, bukan rahsia lagi, negara-negara Islam seperti Malaysia, negara Arab dan Eropah terus-terusan bersuara untuk saudara-saudara di Palestin. Cerminan gerakan ini ada refleksinya dalam bentuk bantuan makanan, flotila memecah sekatan dan kelantangan pemimpin di pentas antarabangsa.
Sehingga satu isyarat dihantar dan PBB bersidang lagi, bermula minggu akhir di bulan September.
Sebelum sidang lagi, gema pengikirafan nyaring semula. Itulah di mana Britain, Australia, Perancis memberi sokongan kepada pembentukan negara Palestin dan bersetuju dengan penyelesaian dua negara.
"Bagi menghidupkan kembali harapan keamanan untuk rakyat Palestin dan Israel, serta penyelesaian dua negara, United Kingdom secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin," kata Starmer di dalam satu mesej di X.
Beberapa negara lain turut sama memberi pengiktirafan kepada Palestin. Api memercikkan mimpi untuk Palestin diiktiraf menjadi negara, marak semula.
Tetapi, nanti dulu. Apakah erti pengiktirafan itu? Kita lihat dulu prosiding dalam pembentukan sesebuah negara.
Pertimbangkan untuk membaca tulisan James Crawford dalam "The Creation of States in International Law (2006)" di mana ia adalah rujukan klasik dalam undang-undang antarabangsa mengenai bagaimana sesebuah negara dibentuk.
Menurut buku itu di bab awal, saya ringkaskan begini : "Syarat asas mengikut Konvensyen Montevideo 1933 adalah adanya wilayah tetap, penduduk tetap, kerajaan, dan keupayaan menjalin hubungan antarabangsa."
Buku itu lagi : "Wilayah tetap mesti ada kawasan geografi yang diiktiraf sebagai milik sesebuah entiti politik; penduduk tetap mesti ada komuniti rakyat yang tinggal secara berterusan di dalam wilayah tersebut; kerajaan berfungsi wujud struktur pentadbiran yang mengurus undang-undang, keselamatan, ekonomi, dan hubungan sosial; keupayaan hubungan antarabangsa mesti ada kuasa untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain; pengiktirafan antarabangsa biasanya melalui PBB atau penerimaan majoriti negara-negara lain".
Adakah Palestin memenuhi kriteria itu semua? Ya, sebelum ini, tidak syak lagi.
Dalam buku International Law (2017) tulisan Malcolm N. Shaw pula secara jelas menyimpulkan sama seperti Crawford (2006), iaitu syarat pembentukan sesebuah negara ialah "territory", "population", "government", "recognition". Cuma ada tambahan sedikit, Shaw memasukkan peranan organisasi antarabangsa seperti PBB untuk pengiktirafan itu.
Malah buku ini juga turut memberi contoh perbandingan kes moden seperti Sudan Selatan dan isu Palestin, menjadikannya sesuai untuk memahami teori dan praktik dalam dunia sebenar.
Di halaman pengenalan, buku itu menerangkan proses moden ke arah pembentukan negara di mana ia merangkumi deklarasi kemerdekaan sesebuah wilayah mengisytiharkan dirinya sebagai negara merdeka;
perjanjian atau referendum melalui persetujuan bersama, perjanjian damai, atau pungutan suara rakyat, pengiktirafan bilateral negara-negara lain mula mengiktiraf kewujudan negara baharu, kemasukan ke dalam organisasi antarabangsa seperti PBB, Kesatuan Afrika, ASEAN, atau EU, sebagai pengukuhan legitimasi.
Adakah Palestin menepati ciri-ciri sebagaimana dalam buku tulisan Crawford dan Shaw? Ya, sebelum ini, Palestin ada ciri-ciri itu dan tidak syak lagi boleh menjadi sebuah negara.
Habis, kenapa sukar sungguh untuk merealisasikan mimpi Palestin menjadi sebuah negara?
Profesor Dr Mohd Afandi Salleh, bekas tahanan Israel dan juga pensyarah di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Pengajian Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata begini kepada soalan itu :
"Jawab dulu logiknya. Soalnya begini: Kalau Palestin itu diberi jadi negara, sempadannya di mana? Berapa luas wilayahnya sebelum ini dan berapa pula luasnya sekarang? Kalau Palestin itu negara, laut dan udaranya milik siapa? Kalau Palestin itu negara, apakah jutaan rakyatnya yang kini jadi pelarian, ada yang berjaya, tapi banyak juga yang bersepah-sepah di mana-mana, boleh balik semula ke tanah air sebagai warganegara?"
"Jika sebelum ini, pada 2012, Israel menyambut berita Palestin jadi negara itu dengan mengumumkan pembinaan 3,000 penempatan baru melampaui Garis Hijau. Kita tahu, Garis Hijau adalah batas sempadan yang dibentuk pada 1949 hasil perjanjian gencatan senjata selepas Perang Arab Israel setahun sebelumnya. Rejim Zionis juga merancang penempatan di kawasan dekat dengan Baitulmaqdis. Dan, kita juga tahu pelan itu akan menutup laluan dari Tebing Barat ke kota suci itu yang sepatutnya nanti jadi ibu negara Palestin."
Serangan pula tidak sudah-sudah meletus. Di kampung di Bandaraya Gaza, penduduk perlu tinggalkan kediaman jika tidak berdepan serangan Israel.
Apa yang terjadi di kampung itu sesuatu yang sudah biasa, insiden yang berulang-ulang hampir setiap minggu. Kampung itu, sama seperti banyak kampung lain di Tebing Barat, tersepit di antara kawasan penempatan Yahudi. Kampung itu adalah bumi negara Palestin. Sayangnya, ia perlahan-lahan dipisahkan dengan wilayah Palestin yang lain, sama seperti pelan besar membangunkan penempatan dekat sebelah timur Baitulmaqdis. Pada satu tahap terburuk, berdasarkan perkembangan terkini, ia mungkin lenyap, tidak nyata di pandangan mata, hanya ada di peta dunia.
Beliau berkata, dalam perkembangan terbaharu misalnya, apabila lebih banyak negara mengiktiraf Palestin, Israel dan Amerika Syarikat segera menghantar dron di Doha, Qatar dan terus-terusan melakukan serangan ke atas Gaza serta mahukan warga Palestin tinggalkan Bandaraya Gaza, kalau tidak mereka berdepan keganasan.
Tindakan selepas tahun 2012 dan tindakan-tindakan lain selepas itu dan perkembangan terbaharu iaitu meluaskan kawasan yang diduduki dan meningkatkan tekanan kepada pentadbir Palestin selain menghodohkan imej Hamas, adalah hadiah rejim Zionis kepada negara Palestin.
Maka, apa ertinya Palestin jadi sebuah negara?
"Hamas tetap akan bergerak. Hamas adalah rakyat Palestin. Rakyat Palestin adalah Hamas. Hamas juga akan pastikan Palestin jadi negara, tidak kira apa atau siapa bersama mereka," kata Dr. Mohd Afandi, yang akan bergerak dengan flotilla pada Jumaat bagi membantu Global Sumud Flotilla (GSF) memecah sekatan di Gaza sejak sebulan lalu.
Kononnya, status negara juga memungkinkan Palestin mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ). Tetapi benarkah begitu? Ya, sejak perang meletus, dari peluru, bom dan dron, ada dakwaan genosid dikenakan kepada Netanyahu, tetapi tidak memberi makna apa-apa. Netanyahu bebas berjumpa Presiden Donald Trump di Washington. Netanyahu juga berucap di PBB walaupun diboikot sebahagian besar pemimpin yang hadir. Tentera Israel juga bermaharaja lela meneruskan serangan.
Kita jujur sahaja. Kita tidak usahlah tertipu atau menipu diri sendiri dengan apa yang berlaku baru-baru ini, juga wayang pengiktirafan oleh banyak negara termasuk UK. Ini kerana negara Palestin sudah lama ada, sekian lama wujud, sejak mula pembahagian wilayah yang membentuk Israel.
Negara Palestin ini sudah ada dalam jiwa raga setiap warganya yang terpelanting ke banyak negara di mana mereka menjadi pelarian. Begitu juga, ia ada dalam perjuangan dan titis darah pejuang-pejuang Hamas.
Yang tidak ada dalam hati kebanyakan mereka, hanyalah pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas atau Abu Mazen, yang didakwa tidak bersungguh-sungguh demi Palestin.
Biarlah Montenegro jadi sebuah negara selepas berpisah dari Serbia, kerana proses dan ciri-cirinya menepati apa yang ditulis Crawford dan Shaw.
Pedulikan Timor-Leste muncul negara baharu pada 2002 apabila merdeka dari Indonesia dan bakal menjadi anggota baharu ASEAN tidak lama lagi.
Begitu juga, dunia bersaksi Eritrea (1993) merdeka dari Habsyah selepas perang panjang dan pungutan suara serta PBB pula mengiktirafnya sebagai sebuah negara.
Tidak mengapa apabila Sudan Selatan terbentuk pada 2011 selepas referendum dengan majoriti rakyat memilih keluar daripada Sudan.
Yang penting, di hati rakyat Palestin, mereka ada laskar mimpi bernegara.
Lebih penting, tetap ada gerakan dan tekanan yang berterusan daripada pihak yang prihatin tentang perjuangan yang lama lagi berduri.
Kita mungkin bermimpi lain-lain kerana tidur di bantal yang tidak sama. Tetapi, kita boleh terus berkongsi angan sama - mimpi bernegara tetap ada dalam hati.
Paling penting juga, kita sedar mimpi itu panjang lagi, setidak-tidaknya sokongan tidak berhenti selepas terbangun. Setidaknya ada suara, bukan bisu. Setidaknya-tidak ia bermula hari ini kerana bukan hari ini, bila lagi?
* Azlinariah Abdullah menulis tesis PhD bertajuk "The Myanmar Rohingyas : Challenges Faced by the "Refugee" Community in Malaysia 2014-2016, Editor Astro AWANI dan penerbit AWANI Pagi.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Britain, Australia, dan Perancis secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara, menyokong penyelesaian dua negara demi keamanan serantau.
- Berdasarkan rujukan undang-undang antarabangsa seperti Crawford dan Shaw, Palestin memenuhi ciri-ciri negara - wilayah, penduduk, kerajaan, dan hubungan diplomatik.
- Walaupun pengiktirafan meningkat, isu sempadan, pelarian, penempatan haram, dan serangan Israel terus menghalang Palestin daripada berfungsi sepenuhnya sebagai negara berdaulat.