DUNIA
[KOLUMNIS] Sudan: Setiap misi kemanusiaan cabaran tidak sama
Meski pun perjalanan awal dipenuhi pelbagai cabaran, pasukan Misi Save Sudan tetap meneruskan langkah dengan tekad dan harapan. - Foto Alkhair Malaysia
SETIAP misi kemanusiaan yang digerakkan ke kawasan konflik tidak pernah terlepas daripada cabaran tersendiri.
Situasi keselamatan, kekangan logistik serta prosedur pentadbiran sering menjadi ujian awal sebelum bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Perkara yang sama turut dilalui oleh pasukan Misi Save Sudan sebaik merancang untuk memulakan perjalanan ke Sudan.
Ia bermula sejak di peringkat awal apabila proses permohonan visa mengambil masa hampir sebulan untuk diluluskan.
Enam petugas daripada Alkhair Malaysia dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) terpaksa melalui tempoh menunggu yang panjang sebelum dibenarkan memasuki negara yang sedang bergolak itu.
Perjalanan ke Sudan juga bukan sesuatu yang mudah.
Pasukan misi melalui transit lebih 20 jam sebelum bersiap sedia untuk berlepas dari Istanbul ke Port of Sudan.
Namun, sebaik tiba di lapangan terbang, penerbangan TK510 yang dijadualkan berlepas pada jam 3.15 pagi waktu tempatan dimaklumkan telah penuh.
Turkish Airlines menawarkan pampasan sebanyak 400 euro kepada penumpang yang sanggup menarik diri secara sukarela.
Dalam keadaan keletihan yang jelas terasa, pasukan misi tetap memilih untuk meneruskan perjalanan demi memastikan misi kemanusiaan ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan, walaupun dimaklumkan ruang bagasi kabin telah penuh.
Walaupun berlaku sedikit kelewatan, pesawat akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Port of Sudan pada jam 6.15 pagi.
Ketibaan disambut dengan rasa syukur kerana akhirnya pasukan misi berjaya menjejakkan kaki di bumi Sudan.
Namun, cabaran sebenar bermula sebaik melangkah ke ruang imigresen.
Hanya empat kaunter imigresen dibuka, dengan dua daripadanya diperuntukan kepada warga bukan Sudan.
Bagaimanapun, ketiadaan lorong khas menyebabkan semua penumpang tempatan dan asing terpaksa beratur dalam satu barisan yang sama.
Proses pemeriksaan mengambil masa hampir sejam, namun suasana kekal terkawal.
Tiada insiden tolak-menolak atau kekecohan berlaku.
Malah, penumpang dilihat saling bertimbang rasa dengan memberi laluan kepada wanita bersama anak kecil serta warga emas dan mereka yang uzur.
Selepas hampir sejam menunggu, seorang pegawai imigresen menyedari kehadiran pasukan misi dan meminta mereka ke hadapan bagi mempercepatkan proses pemeriksaan.
Walau pun hanya terdapat satu lorong sempit sebelum berdepan kaunter seterusnya, urusan itu akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.
Selesai urusan imigresen, pasukan misi berdepan pula cabaran di ruang tuntutan bagasi.
Selepas hampir dua jam menunggu, lima daripada enam petugas berjaya mendapatkan bagasi masing-masing.
Namun, bagasi milik Timbalan Pengerusi Alkhair Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, gagal dikesan.
Pihak pengurusan lapangan terbang memaklumkan bahawa bagasi hanya akan tiba pada Isnin berikutnya.
Dengan penuh kesabaran, pasukan misi menerima dengan reda dan meneruskan perjalanan keluar dari kompleks lapangan terbang.
Ujian belum berakhir.
Setibanya di luar lapangan terbang, rakan kerjasama tempatan yang sepatutnya menunggu ketibaan pasukan misi, iaitu Labena Organization for Women Development and Capacity Building (Labena), tidak kelihatan dan gagal dihubungi.
Pasukan misi terpaksa menunggu di bawah terik matahari pagi sambil mencari jalan penyelesaian.
Sekitar jam 10.20 pagi, kelibat seorang wanita berpakaian kuning akhirnya kelihatan sambil memanggil pasukan misi.
Kehadirannya disambut dengan rasa lega selepas beberapa jam menunggu.
Keramahan pengerusi Labena, Ekhlas Elamin Bashir, menyambut ketibaan pasukan misi dengan penuh mesra.
Ia sedikit sebanyak menghilangkan keletihan serta menyuntik semangat baharu untuk meneruskan tugasan kemanusiaan yang menanti.
Meski pun perjalanan awal dipenuhi pelbagai cabaran, pasukan Misi Save Sudan tetap meneruskan langkah dengan tekad dan harapan.
Sudan, kami datang membawa harapan.
* Razali Awang ialah Perunding Media Al-Khair Malaysia.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

#Misi Save Sudan
#misi kemanusiaan
#kawasan konflik
#AlKhair Malaysia
#Global Peace Mission Malaysia