DUNIA
[KOLUMNIS] Wanita Sudan hebat
Ekhlas Elamin Bashir di sebelah kanan penulis dan Menteri Hal Ehwal Sosial, Tihani Mir Ghani antara sosok penting kerja-kerja kemanusiaan di Negeri Sungai Nil, Sudan. - Foto AlKhair Malaysia/Razali Awang
PEMBABITAN aktif kaum wanita dalam kerja-kerja kemanusiaan menjadi antara perkara paling ketara sepanjang misi kemanusiaan di Sudan, khususnya dalam aspek pengurusan, penyelarasan serta kepimpinan bantuan kepada pelarian akibat konflik.
Sejurus ketibaan delegasi di Lapangan Terbang Port Sudan, rombongan disambut oleh Pengerusi Labena, Ekhlas Elamin Bashir, sekali gus mencerminkan peranan signifikan wanita dalam menerajui usaha kebajikan di negara itu.
Perkara yang sama turut disaksikan di Atbara, apabila beberapa urusan penting berkaitan misi kemanusiaan dikendalikan oleh pemimpin wanita tempatan.
Kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan Negeri Sungai Nil pula menemukan delegasi dengan Afaf Tajelsir, yang memberikan taklimat menyeluruh mengenai situasi pelarian dalaman di negeri berkenaan.
Sehari selepas itu, delegasi turut bertemu Menteri Hal Ehwal Sosial Negeri Sungai Nil, Tihani Mir Ghani, seorang pemimpin wanita yang berjiwa kental dan berpengalaman.
Menurut beliau, daripada empat kementerian utama di Negeri Sungai Nil, tiga daripadanya diterajui oleh wanita. Ketika ditanya mengenai dominasi wanita dalam sektor kebajikan dan kemanusiaan, beliau memberikan jawapan ringkas namun bermakna wanita lebih memahami keperluan kerja-kerja sosial dan kebajikan berbanding lelaki.
Pandangan itu berasas memandangkan Negeri Sungai Nil kini berdepan cabaran besar akibat kebanjiran mangsa konflik.
Sebelum tahun 2023, jumlah penduduk negeri itu dianggarkan sekitar 1.5 juta orang.
Namun, akibat kemelut bersenjata dan pertumpahan darah di beberapa wilayah Sudan, jumlah itu melonjak kepada kira-kira 7 juta orang, menjadikannya antara krisis pelarian dalaman terbesar di rantau berkenaan.
Walaupun situasi keselamatan dilaporkan semakin reda di beberapa kawasan, sebahagian besar mereka masih belum dapat kembali ke tempat asal masing-masing.
Faktor ekonomi, kemusnahan kediaman serta ketiadaan sumber pendapatan menyebabkan mereka terus bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.
Setakat ini, terdapat tujuh kawasan utama di Negeri Sungai Nil yang masih menempatkan pelarian dalam negara (IDP).
Bagi memastikan keselamatan, pihak berkuasa telah menempatkan anggota tentera di beberapa kem pelarian, termasuk Kem Nahdah yang merupakan antara terbesar, dengan menempatkan kira-kira 25,000 orang.
Selain kawalan keselamatan, aspek kebajikan pelarian turut dipantau oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa yang berperanan menyediakan bantuan asas secara berterusan.
Ketika ini, bekalan makanan dikenal pasti sebagai keperluan paling mendesak, diikuti perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat pelarian.
Keadaan di kem-kem pelarian kekal mencabar apabila terdapat kes sehingga empat keluarga terpaksa berkongsi satu khemah.
Masalah kekurangan zat makanan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan wanita, turut dilaporkan semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian segera semua pihak.
Sehubungan itu, bantuan dan sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa serta orang ramai amat diperlukan bagi meringankan beban jutaan pelarian yang masih bergelut meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

* Razali Awang ialah Perunding Media Alkhair Malaysia.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan pemerhatian bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.