awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti Islam Amerika Syarikat pertikai majlis iftar anjuran Trump

Agensi
Agensi
07/06/2018
13:52 MYT
Komuniti Islam Amerika Syarikat pertikai majlis iftar anjuran Trump
Beberapa kumpulan telah berkumpul di luar White House sebagai bantahan terhadap majlis tersebut sambil memegang sepanduk "Not Trump's Iftar."
Kali terakhir majlis berbuka puasa atau Iftar diadakan di White House adalah ketika pentadbiran mantan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pada 2016.
Tahun lalu, acara tahunan itu tidak diadakan selepas Presiden Donald Trump mengambil alih tampuk kepimpinan negara Big Sam tersebut.
Tahun ini, Trump meneruskan kembali acara tahunan tersebut bagi meraikan duta-duta Islam di negara Uncle Sam itu.
Pada Rabu, majlis iftar di White House disertai duta-duta dari Emiriah Arab bersatu, Bahrain, Kuwait, Mesir, Libya, Iraq, Maghribi, Algeria, Jordan, Indonesia dan Arab Saudi yang turut disertai Putera Khalid bin Salman.
Trump dalam ucapannya berkata hari tersebut adalah antara hari terbaik dalam hidupnya.
"Begitu ramai di antara kamu yang telah menghabiskan masa dengan saya tidak lama dahulu - kira-kira setahun lalu.
"Itulah salah satu daripada dua hari yang hebat dalam hidup saya. Itulah salah satu masa yang paling hebat,
"Pada malam ini, kami mengucapkan terima kasih atas hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah dibawa dengan rakan-rakan dari seluruh Timur Tengah," jelas Trump dalam ucapannya, sebelum merujuk perjalanannya ke Arab Saudi tahun lalu, di mana dia membuat lawatan negeri asing pertamanya.
Majlis iftar di White House telah dijadikan acara tahunan sejak 1996 ketika pentadbiran Bill Clinton dan George W. Bush.
Di media sosial, beberapa orang Islam Amerika menyeru umat Islam lain memboikot majlis Iftar tersebut.
Ramai yang menuntut permintaan maaf daripada Trump yang sebelum ini disifatkan sebagai anti-Islam.
Beberapa kumpulan telah berkumpul di luar White House sebagai bantahan terhadap majlis tersebut sambil memegang sepanduk "Not Trump's Iftar."
Turut serta dalam himpunan tersebut adalah Pengarah Hal Ehwal Kerajaan bagi Majlis Hubungan Amerika-Islam, Robert Stephen McCaw yang menggesa dialog bersama komuniti Islam Amerika diadakan.
"Kami berharap dapat berkongsi Ramadan dan iftar dengan rakyat Amerika." jelasnya.
Beliau menambah, jika pentadbiran Trump mahukan dialog dengan komuniti Islam Amerika, mengapa pertemuan diadakan Trump bersama pemimpin asing?
McCaw mengatakan bahawa dia tidak terkejut bahawa presiden telah membatalkan makan malam tahun lepas, berikutan peningkatan pengawasan terhadap orang Islam dan insiden Islamophobia.
"Di bawah kepimpinan Trump, umat Islam lebih teruk daripada sebelumnya,
"Pada tahun 2017, terdapat kira-kira 2,600 insiden." jelasnya.
Topic Berkaitan
#2016
#Amerika Syarikat
#Barack Obama
#Donald Trump
#Islam
#Ramadan
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan