Kondominium runtuh: Korban meningkat kepada 84 mangsa, 76 masih hilang

Astro Awani
Julai 10, 2021 22:35 MYT
Angka kematian runtuhan kondominium Champlain Towers South di pantai Miami, Florida meningkat kepada 84 orang. -Gambar fail
MIAMI: Angka kematian runtuhan sebuah bangunan kondominium di pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 84 orang.
Sejumlah 76 lagi penghuni masih hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.
Datuk Bandar Miami Daniella Levine Cava ketika berkongsi angka kematian terbaharu itu mengakui bilangan itu sesuatu yang menyedihkan lebih-lebih lagi genap dua minggu selepas tragedi berkenaan.
Pada Rabu, pihak berkuasa mengumumkan untuk beralih dari misi mencari dan menyelamatkan mangsa yang berpotensi menjadi operasi untuk mencari mayat.
Datuk Bandar Surfside, Charles Burkett berkata pasukan penyelamat belum putus harapan dan masih mengharapkan keajaiban berlaku.
Bangunan 12 tingkat Champlain Towers South di Surfside runtuh pada 24 Jun ketika puluhan penghuninya sedang nyenyak tidur.
Tiada mangsa yang ditemui terselamat sejak ia runtuh dua minggu lepas.
Punca sebenar insiden masih disiasat.
#pangsapuri runtuh #angka korban #kondominium runtuh #Champlain Towers South #pasukan penyelamat #Daniella Levine Cava #Charles Burkett