awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kondominium runtuh: Korban meningkat kepada 90 orang, 31 masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
01:10 MYT
Kondominium runtuh: Korban meningkat kepada 90 orang, 31 masih hilang
Pada 24 Jun lalu, bangunan setinggi 12 tingkat di Surfside itu runtuh ketika puluhan penghuni sedang nyenyak tidur. -Foto REUTERS/Marco Bello
MIAMI: Angka korban runtuhan bangunan kondominium di pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 90 orang, dengan 71 daripadanya telah dikenal pasti oleh ahli keluarga mangsa.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Miami Daniella Levine Cava pada Ahad, sambil memaklumkan bahawa terdapat 31 mangsa lagi masih belum ditemui di lokasi tragedi itu.
Pada Sabtu, pihak berkuasa dilapor telah menjumpai ramai lagi mangsa memandangkan kru petugas keselamatan berjaya mengalihkan kesan runtuhan yang besar di kawasan itu.
Jelas Cava, setakat ini kira-kira 14 juta paun konkrit telah berjaya dialihkan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kru antarabangsa yang turut hadir bagi membantu usaha mengesan mangsa tragedi.
Dalam pada itu, kata Datuk Bandar Surfside, Charles Burkett, jurutera yang memeriksa Champlain Towers North akan melaporkan beberapa hasil siasatan tidak lama lagi.
“Hasil awal mendapati kekuatan konkrit adalah sangat baik.
"Namun, mereka perlu menganalisis kandungan konkrit bangunan itu, dan ia akan memakan masa lebih lama,” kata Burkett
Sehingga kini punca tragedi runtuhan masih lagi tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun, menurut laporan yang dikeluarkan pada 2018, jurutera bangunan memaklumkan bahawa bangunan itu mengalami "kerosakan struktur yang besar", dengan penemuan terdapat "keretakan yang banyak" di kawasan parkir bawah tanah bangunan itu.
Pada 24 Jun lalu, bangunan setinggi 12 tingkat di Surfside itu runtuh ketika puluhan penghuni sedang nyenyak tidur.
Tiada mangsa yang ditemui terselamat setakat ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kondominium 12 tingkat di Miami runtuh
Topic Berkaitan
#angka korban
#kondominium runtuh
#Surfside
#Champlain Towers North
#runtuhan
#tragedi
#Miami
#kondominium
#petugas keselamatan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan