awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: Taliban mahu tubuh kerajaan inklusif

AP Newsroom
AP Newsroom
15/08/2021
21:57 MYT
Konflik Afghanistan: Taliban mahu tubuh kerajaan inklusif
Kumpulan Taliban mula memasuki Kabul pada Ahad selepas menguasai semua bandar utama di Afghanistan. REUTERS
KUMPULAN Taliban mengumumkan pada Ahad pihaknya sedang mengadakan rundingan bertujuan membentuk kerajaan inklusif di Afghanistan.
Jurucakap dan perunding Taliban, Suhail Shaheen, berkata demikian kepada The Associated Press (AP) selepas mereka menguasai sebahagian besar negara itu dalam masa beberapa hari dan menguasai ibu kota, Kabul.
Pada masa sama, Amerika Syarikat yang telah mengeluarkan tenteranya daripada negara itu selepas 20 tahun perang, turut membawa keluar diplomat dan warganya yang masih tinggal.
"Saya fikir, kerajaan inklusif Afghan ialah yang diminta dan dimahukan rakyat Afghanistan. Mereka mahukan pemerintahan ini.
"Dan anda mungkin pernah lihat, setiap kali kami memasuki bandar, orang ramai berkumpul dan beratur di sepanjang jalan raya serta menyambut pasukan kami.
"Jadi, ini adalah kebangkitan yang disukai ramai. Dan hasilnya, semua wilayah jatuh kepada kami, kerana sokongan orang ramai kita dapat bertahan selama 20 tahun menentang penaklukan," katanya.
Kata Shaheen, Taliban tidak bimbang kerana mendapat sokongan rakyat Afghanistan dan tidak timbul isu kesahihan kerana pengiktirafan ialah hak mereka.
"Kami tidak bimbang kerana kami mendapat sokongan rakyat Afghanistan. Jadi, saya rasa, kesahihan dan pengiktirafan adalah hak kami.
"Jika orang lain tidak mempedulikan kehendak rakyat Afghanistan, terserah kepada mereka. Tetapi saya fikir, ia tidak adil, itulah yang saya fikirkan," katanya.
Sebelum ini, seorang pegawai Taliban menyatakan kumpulan itu akan mengumumkan kerajaan baharu dari Istana Presiden.
Bagaimanapun, setakat ini pelan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#militan
#Taliban
#Suhail Shaheen
#pemberontakan
#kerajaan inklusif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan