Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Hezbollah tingkatkan serangan terhadap tentera Israel di selatan Lubnan

A screengrab taken from a video released by Hezbollah says to show an Israeli tank moments before being hit by an FPV drone attack, in Meiss Al-Jebel, Lebanon, with the date of the video given as April 15, 2026. HEZBOLLAH MILITARY MEDIA/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. OVERLAY FROM SOURCE. BLURRING FROM SOURCE. BEST QUALITY AVAILABLE. VERIFICATION: - Water body, buildings, and road layout in time codes 00:26-1:06 and 1:14-2:05 matched satellite imagery - Coordinates: 33.166
Serangan ini dikatakan menyasarkan kenderaan tentera serta kedudukan pasukan Israel menggunakan gabungan roket, artileri dan dron. - Foto REUTERS

BEIRUT: Kumpulan bersenjata Hezbollah meningkatkan serangan terhadap tentera Israel di selatan Lubnan dengan melancarkan sekurang-kurangnya 28 operasi berasingan dalam tempoh sehari.

Dalam satu kenyataan, Hezbollah memaklumkan bahawa serangan-serangan tersebut melibatkan penggunaan roket, artileri dan dron bagi menyasarkan kedudukan serta anggota tentera Israel di beberapa lokasi strategik.

Serangan paling intensif dilaporkan berlaku di bandar Biyyada, di mana Hezbollah menyasarkan kelompok tentera Israel, pasukan yang berlindung dalam bangunan, peralatan teknikal serta sebuah pusat arahan baharu yang didakwa ditubuhkan oleh Israel.

Menurut kumpulan itu, serangan dilakukan berulang kali ke atas lokasi tersebut bagi melemahkan operasi tentera Israel di kawasan berkenaan.

Selain Biyyada, Hamas turut melaporkan serangan di sekitar Sungai Deir Siryan, serta kawasan lain termasuk Rashaf, al-Quzah, Naqoura dan Nimr al-Jamel.

Serangan ini dikatakan menyasarkan kenderaan tentera serta kedudukan pasukan Israel menggunakan gabungan roket, artileri dan dron.

Peningkatan serangan ini berlaku dalam konteks konflik berterusan di selatan Lubnan, yang menyaksikan pertempuran antara Hezbollah dan tentera Israel semakin kerap berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pemerhati menyifatkan peningkatan operasi ketenteraan tersebut sebagai tanda ketegangan yang terus memuncak, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik yang lebih besar di rantau itu.

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement