DUNIA
Konflik Asia Barat: Iran lanjut tutup ruang udara

Serangan udara Israel di lapangan terbang Mashhad, timur laut Iran. - Foto X/@ErezNeumark
TEHRAN: Pihak berkuasa Iran melanjutkan tempoh pembatalan semua penerbangan domestik dan antarabangsa sehingga jam 2 petang waktu tempatan pada Khamis.
Penyiar televisyen Iran, IRIB memaklumkan, langkah ini diambil susulan serangan udara yang dilancarkan oleh Israel pada Jumaat lalu sekali gus menyebabkan Iran menutup ruang udaranya sebagai langkah keselamatan.
Israel turut mengambil tindakan serupa dengan menutup ruang udaranya kepada semua penerbangan
Penutupan ruang udara ini telah memberi kesan besar kepada operasi penerbangan di rantau Timur Tengah sekali gus memaksa beberapa negara untuk mengatur pemindahan rakyat mereka melalui jalan darat menerusi negara jiran.Antara syarikat penerbangan yang terjejas termasuk Emirates, Qatar Airways, Turkish Airlines dan Etihad Airways, yang telah membatalkan atau mengubah laluan penerbangan mereka ke Iran, Israel dan beberapa negara lain di rantau tersebut.
Situasi ini dijangka berterusan sehingga terdapat jaminan soal keselamatan di kawasan yang terlibat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami