Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran sasar kemudahan awam di Bahrain

Smoke rises after an Iranian drone was intercepted over the Bahrain Financial Harbour towers, which houses the Israeli embassy, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Manama, Bahrain, March 6, 2026. Picture taken on a mobile phone. REUTERS/Stringer
Serangan di Manama menyasarkan dua hotel dan sebuah bangunan kediaman. - Foto Reuters

ISTANBUL: Serangan oleh Iran menyasarkan kemudahan awam di ibu negara Bahrain pada Jumaat, menyebabkan kerosakan harta benda namun tiada kemalangan jiwa, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu, lapor Anadolu Ajansı.

Kementerian itu memaklumkan serangan di Manama menyasarkan dua hotel dan sebuah bangunan kediaman. Pasukan pertahanan awam serta pihak berkuasa bertindak segera bagi mengawal kawasan yang terjejas.

Advertisement

Serangan itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin memuncak susulan perang berterusan antara Israel dan Amerika Syarikat di satu pihak dengan Iran di pihak lain, yang melibatkan serangan balas peluru berpandu dan dron di beberapa bahagian Asia Barat.

Bahrain menempatkan kemudahan penting tentera Amerika Syarikat termasuk ibu pejabat Armada Kelima AS, menjadikannya antara negara yang memantau rapat perkembangan keselamatan susulan peningkatan ketegangan di rantau itu.

Serangan itu meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya konfrontasi serantau yang lebih meluas ketika permusuhan terus merebak di Asia Barat.

--BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video