awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran sedia berdialog dengan AS namun kepercayaan jadi isu

Agensi
Agensi
07/07/2025
23:50 MYT
Konflik Asia Barat: Iran sedia berdialog dengan AS namun kepercayaan jadi isu
Pezeshkian (gambar) berkata, Trump mampu membawa rantau Asia Barat kepada keamanan dan masa depan yang lebih cerah atau sebaliknya, terjerumus ke dalam kegelapan. - Gambar fail/REUTERS
TEHRAN: Presiden Masoud Pezeshkian menyatakan keyakinan bahawa Iran mampu menyelesaikan perbezaan dengan Amerika Syarikat (AS) melalui sesi dialog namun isu kepercayaan kekal menjadi halangan susulan serangan oleh AS dan Israel terhadap negara itu.
Pezeshkian menyeru Presiden AS, Donald Trump agar tidak terjebak dalam konflik dengan Iran yang didorong oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang kini berada di Washington untuk rundingan di White House.
"Trump, beliau cukup berkemampuan untuk membawa rantau ini ke arah keamanan dan masa depan yang lebih cerah serta meletakkan Israel di tempat yang sepatutnya. Atau sebaliknya, terjerumus ke dalam jurang yang tidak berpenghujung.
"Jadi, terpulang kepada Presiden AS untuk memilih jalan mana yang ingin diambil," kata Pezeshkian.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt berkata beliau tidak pasti sama ada Trump melihat kenyataan Presiden Iran itu, namun bersetuju bahawa Trump adalah individu yang tepat untuk membawa keamanan ke rantau tersebut.
Pezeshkian turut menyalahkan Israel atas kegagalan rundingan damai yang sedang berlangsung sebelum Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 13 Jun, seterusnya mencetuskan konflik serangan udara selama 12 hari yang mengorbankan beberapa komander kanan dan saintis nuklear Iran.
Beliau juga mendakwa Israel telah cuba membunuhnya.
"Mereka memang mencuba, ya. Mereka bertindak, tetapi gagal," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera Israel sebelum ini menyatakan bahawa lebih 30 pegawai keselamatan kanan dan 11 saintis nuklear Iran terbunuh dalam serangan ke atas tapak nuklear Iran.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Masoud Pezeshkian
#Israel
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami