Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iraq lanjutkan penutupan ruang udara selama 48 jam

Sumber: Sinar Harian
Iraq melanjutkan penutupan ruang udaranya selama 48 jam lagi susulan ketegangan serantau yang berterusan - Foto Sinar Harian/Agensi

BAGHDAD: Iraq pada Isnin melanjutkan penutupan ruang udaranya selama 48 jam lagi susulan ketegangan serantau yang berterusan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq memaklumkan yang pelanjutan ini berkuat kuasa dari 12.00 tengah hari waktu tempatan (0900 GMT) Isnin hingga 12.00 tengah hari (0900 GMT) Rabu dan terpakai kepada semua penerbangan yang tiba, berlepas dan transit.

Advertisement

Pihak berkuasa menyifatkan langkah ini sebagai langkah “sementara dan berjaga-jaga” selepas melakukan semakan menyeluruh terhadap semua faktor berkaitan.

Keputusan itu akan dinilai semula mengikut perkembangan baharu dan syarikat penerbangan serta pihak berkepentingan akan dimaklumkan tentang sebarang kemas kini.

Pelanjutan ini dibuat selepas Israel dan Amerika Syarikat  melancarkan serangan ke atas Iran, yang kemudian dibalas oleh Iran.

Tehran mengesahkan pada Ahad yang Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei terbunuh dalam serangan Sabtu lepas.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found