TEHRAN: Ketua Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Laksamana Muda Alireza Tangsiri berkata laluan mana-mana kapal menerusi Selat Hormuz memerlukan koordinasi penuh dengan pihak berkuasa maritim negara itu.
Menurut beliau dalam catatan di akaun X pada Selasa: "Kapal kontena SELEN diarah berundur selepas ia gagal mematuhi protokol undang-undang dan tidak mempunyai permit yang diperlukan untuk melalui Selat Hormuz," lapor Agensi Berita Mehr.
Advertisement
Tangsiri berkata semua lalu lintas maritim melintasi laluan air strategik itu kini mesti dilakukan dalam koordinasi dengan pihak berkuasa tentera laut Iran.
“Laluan mana-mana kapal melalui jalan air ini memerlukan koordinasi penuh dengan pihak berkuasa maritim Iran,” tambahnya.
-- BERNAMA-MNA