Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS lancar serangan baharu ke atas Iran

Smoke rises from explosions at an unknown location, following what U.S. Central Command (CENTCOM) said were strikes on Iran in response to an Iranian drone strike on a cargo ship in the Strait of Hormuz, in this screen grab from video released June 26, 2026. U.S. Central Command/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. OVERLAY FROM SOURCE. VERIFICATION - Location and date could not be verified. - No earlier version of the video found posted online before Friday (J
Kepulan asap kelihatan susulan letupan di satu lokasi yang tidak dinyatakan, selepas AS melancarkan serangan tindak balas ke atas Iran, menurut kenyataan Centcom, 27 Jun 2026. REUTERS
Advertisement

AMERIKA Syarikat (AS) melancarkan serangan balas terbaharu terhadap Iran susulan satu lagi serangan ke atas kapal dagang di Selat Hormuz pada Sabtu.

Komando Pusat AS (Centcom) memaklumkan bahawa operasi itu menyasarkan pelbagai lokasi strategik di Iran sebagai tindak balas terhadap “pencerobohan berterusan” ke atas laluan perkapalan antarabangsa.

Antara sasaran yang diserang termasuk peralatan ketenteraan, sistem komunikasi, tapak pertahanan udara serta kemudahan penyimpanan dron.

Menurut kenyataan Centcom, tindakan itu diambil selepas Iran didakwa tidak mengambil peluang yang diberikan sebelum ini untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata.

Mereka mendakwa pasukan Iran melancarkan dron serangan sehala yang mengenai sebuah kapal tangki berbendera Panama, MT Kiku.

Insiden tersebut merupakan serangan kedua terhadap perkapalan komersial dalam tempoh singkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan global terhadap keselamatan laluan perdagangan utama dunia.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas, dengan kira-kira satu perlima bekalan minyak global melalui kawasan tersebut setiap hari.

Sebarang ketegangan di laluan itu berpotensi menjejaskan pasaran tenaga dan ekonomi global.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ketegangan antara AS dan Iran kembali memuncak susulan siri insiden melibatkan dron dan serangan terhadap kapal.

Washington menegaskan bahawa operasi ketenteraan tersebut bertujuan melindungi kebebasan pelayaran serta memastikan keselamatan kapal dagang antarabangsa.

Bagaimanapun, Iran sebelum ini sering menafikan penglibatan langsung dalam serangan terhadap kapal dan menuduh AS memperbesarkan ancaman sebagai alasan meningkatkan kehadiran ketenteraan di rantau itu.

Penganalisis melihat eskalasi terbaharu ini boleh meningkatkan risiko konflik lebih luas di Asia Barat jika tiada usaha diplomatik berkesan dilakukan.

Setakat ini, belum ada laporan rasmi mengenai jumlah korban atau kerosakan akibat serangan balas tersebut.

Komuniti antarabangsa dijangka memantau rapat perkembangan ini, dengan kebimbangan bahawa sebarang salah perhitungan boleh menjerumuskan rantau itu ke arah ketidakstabilan yang lebih serius.

Must Watch Video

Advertisement