Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Qatar Airways kendali penerbangan membawa pulang terhad dari Doha

Qatar Airways and Emirates
Qatar Airways memaklumkan pihaknya sedang berusaha sepanjang masa untuk mengatur penerbangan bantuan tambahan sekiranya keadaan operasi mengizinkan. - Foto fail/REUTERS

DOHA: Qatar Airways akan mengendalikan beberapa penerbangan membawa pulang khas ke lima bandar utama di Eropah pada 7 Mac selepas mendapat kebenaran sementara daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar (QCAA) bagi membuka laluan penerbangan selamat atau 'relief corridor' dari Doha.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan semua penerbangan akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad menuju ke London Heathrow (LHR), Paris Charles de Gaulle (CDG), Madrid Barajas (MAD), Rome Fiumicino (FCO) dan Frankfurt (FRA).

Advertisement

Menurut Qatar Airways, keutamaan diberikan kepada penumpang yang terkandas, termasuk keluarga, warga emas serta individu yang mempunyai keperluan perjalanan mendesak atas faktor perubatan atau kemanusiaan.

Setiap penerbangan juga telah diperuntukkan khusus kepada penumpang terjejas yang dihubungi secara terus oleh syarikat penerbangan tersebut.

 

 

Bagaimanapun, Qatar Airways menjelaskan operasi penerbangan berjadual masih digantung buat sementara waktu susulan penutupan ruang udara Qatar, dan akan disambung semula hanya selepas QCAA mengumumkan pembukaan penuh ruang udara yang selamat.

Syarikat penerbangan itu turut menegaskan penerbangan repatriasi tersebut tidak bermaksud operasi komersial biasa telah kembali beroperasi, selain menasihatkan penumpang supaya tidak hadir ke lapangan terbang kecuali telah menerima notifikasi rasmi mengenai penerbangan mereka.

Qatar Airways memaklumkan pihaknya sedang berusaha sepanjang masa untuk mengatur penerbangan bantuan tambahan sekiranya keadaan operasi mengizinkan, dengan kemas kini lanjut dijangka diumumkan pada 8 Mac.

Dalam masa sama, penumpang yang mempunyai tempahan perjalanan antara 28 Februari hingga 15 Mac 2026 layak menukar tarikh perjalanan secara percuma sehingga 14 hari daripada tarikh asal atau memohon bayaran balik bagi baki tiket yang tidak digunakan.

 

 

 

Must Watch Video