Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Rubio sertai rundingan Israel-Lubnan di Jabatan Negara AS

U.S. Secretary of State Marco Rubio speaks to reporters in a departure lounge before returning to Washington following meetings with Caribbean Community (CARICOM) leaders, at Robert L. Bradshaw International Airport in Basseterre, Saint Kitts and Nevis, February 25, 2026. REUTERS/Jonathan Ernst/Pool
Marco Rubio akan menyertai rundingan damai secara langsung antara Israel dan Lubnan di Jabatan Negara pada Selasa, menurut jadual rasmi. - Gambar fail Reuters

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio akan menyertai rundingan damai secara langsung antara Israel dan Lubnan di Jabatan Negara pada Selasa, menurut jadual rasmi, lapor Anadolu Ajansi.

Rubio dijadual menjadi tuan rumah kepada Duta Israel, Yechiel Leiter dan Duta Lubnan, Nada Hamadeh Moawad pada 11 pagi waktu tempatan sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik untuk mencapai perjanjian gencatan senjata. 

Advertisement

Pertemuan itu akan menandakan rundingan langsung antara Israel dan Lubnan dan merupakan antara rundingan peringkat tertinggi antara kedua-dua pihak dalam tempoh beberapa dekad. 

Perbincangan dijangka tertumpu kepada usaha ke arah gencatan senjata, pelucutan senjata Hezbollah dan perjanjian damai yang lebih menyeluruh. 

Rundingan itu diadakan ketika pertempuran berterusan antara Israel dan Hezbollah di selatan Lubnan, susulan peluasan serangan udara dan darat tentera Israel selepas perang Iran. 

Lebih 2,000 orang terbunuh dan sejuta lagi kehilangan tempat tinggal sejak awal Mac.

Hizbullah menolak rundingan yang dirancang di Washington itu dengan menyifatkannya sebagai “sia-sia” serta menggesa kerajaan Lubnan memberi tumpuan kepada usaha menentang pencerobohan Israel.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video