Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: White House nafi rancangan AS guna senjata nuklear terhadap Iran

71737377859_tbWhiteHouseFlag.jpg
White House menafikan laporan bahawa Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear terhadap Iran. - Gambar fail

ISTANBUL: White House pada Selasa menafikan laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear terhadap Iran, sambil menolak dakwaan bahawa kenyataan Naib Presiden, JD Vance memberi gambaran sedemikian, lapor Anadolu Ajansi.

“Tiada langsung kenyataan @VP di sini (VP) yang membayangkan perkara itu,” menurut hantaran akaun Rapid Response White House di platform media sosial X.

Advertisement

Penafian itu dibuat selepas Vance memberi amaran kepada Iran bahawa AS mempunyai “beberapa pilihan yang setakat ini belum kami putuskan untuk digunakan” sambil menyatakan Presiden AS, Donald Trump akan menggunakannya jika Tehran tidak mengubah haluan.

Trump sebelum ini memberi amaran bahawa “seluruh tamadun akan musnah malam ini, tidak akan dapat dikembalikan lagi” -- kenyataan yang mencetuskan spekulasi ketika tarikh akhir beliau pada pukul 8 malam Waktu Timur (0000 GMT Rabu) untuk Iran semakin hampir.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video