INTERNATIONAL
Konflik Gaza tidak boleh selesai dengan cara ketenteraan - Menteri Luar Jerman
Konflik di Gaza tidak boleh diselesaikan melalui cara ketenteraan dan penyelesaian politik harus menjadi teras utama. - Reuters
BAITULMUQADDIS: Konflik di Gaza tidak boleh diselesaikan melalui cara ketenteraan dan penyelesaian politik harus menjadi teras utama.
Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul berkata, Jerman akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan Israel, namun ini tidak bermaksud negaranya tidak boleh mengkritik tindakan Israel.
"Sebenarnya, saya tidak percaya bahawa konflik ini boleh diselesaikan secara kekal melalui cara ketenteraan.
"Namun begitu, adalah sangat penting dan mendesak untuk melucutkan senjata Hamas agar mereka tidak lagi mempunyai kawalan ketenteraan ke atas Gaza.
"Israel mempunyai kepentingan keselamatan yang sepenuhnya sah dalam hal ini, dan saya hanya boleh menyeru semua rakan kongsi, termasuk negara-negara jiran di rantau Teluk, untuk memberikan sokongan. Jerman akan terus berdiri teguh di sisi Israel," katanya.
Tambah beliau lagi, Israel memberikan sokongan penuh terhadap rancangan pentadbiran Trump yang dibentangkan pada Jumaat oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee manakala bantuan kemanusiaan akan disalurkan melalui dana swasta berdasarkan prinsip yang digariskan oleh pentadbiran AS.
"Ia akan membolehkan bantuan disampaikan terus kepada rakyat. Hamas tidak boleh dibiarkan mendapat akses kepada bantuan tersebut," katanya.
Wadephul mengulangi bahawa keutamaan kerajaan Jerman adalah untuk membawa pulang para tebusan dan beliau tidak pasti sama ada tindakan ketenteraan di Gaza akan benar-benar menjamin keselamatan Israel, sambil menambah, jelas Gaza merupakan sebahagian daripada wilayah Palestin.
Serangan Israel telah meragut nyawa lebih daripada 52,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam sejak 7 Oktober 2023.
Dapatkan berita terkini di sini