[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Konflik AS-Iran: FAA keluar sekatan penerbangan, SIA elak ruang udara Iran

Astro Awani 08/01/2020 | 02:43 MYT
FAA mengeluarkan perintah sekatan penerbangan terhadap pesawat bukan ketenteraan Amerika Syarikat daripada beroperasi di ruang udara Iraq, Iran, dan perairan Teluk Parsi dan Teluk Oman.
PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan perintah sekatan penerbangan terhadap pesawat bukan ketenteraan Amerika Syarikat daripada beroperasi di ruang udara Iraq, Iran, dan perairan Teluk Parsi dan Teluk Oman.
Dalam perkembangan sama, Singapore Airlines (SIA) mengarahkan semua penerbangannya untuk mengelak ruang udara Iran.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semua laluan penerbangan SIA diubah daripada melalui ruang udara Iran," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan emel, tanpa memberi alasan tindakan itu.
Menurut penganalisis penerbangan Alex Macheras, penerbangan British Airways dari Mumbai ke London turut mengubah laluan penerbangan ke ruang udara Arab Saudi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arab Saudi #AS #FAA #Iran #konflik #penerbangan #pesawat #ruang udara #SIA #Singapore #Singapore Airlines #US