awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tindakan komprehensif perlu dilaksana tangani jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak
MALAYSIA
Polis Sibu buru tahanan warga asing lolos dari lokap
DUNIA
Majlis Kebangsaan Palestin gesa bantuan segera untuk Semenanjung Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Iran-Israel: Apakah sebenarnya fasiliti nuklear Fordow yang dibom Amerika Syarikat?

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2025
09:37 MYT
Konflik Iran-Israel: Apakah sebenarnya fasiliti nuklear Fordow yang dibom Amerika Syarikat?
Imej satelit yang dikeluarkan pada 8 Januari 2020, menunjukkan bahagian atas tanah tapak nuklear Fordow milik Iran, yang terletak di timur laut Qom. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mengumumkan Washington telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran: Fordow, Natanz, dan Esfahan serta mendakwa bahawa ia telah 'dimusnahkan sepenuhnya.'

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump mengesahkan serangan ke atas tiga tapak nuklear utama Iran Fordow, Natanz dan Esfahan dan mendakwa ia telah dimusnahkan sepenuhnya menggunakan peluru berpandu dari kapal selam serta pesawat pengebom B-2.
  • Tapak Fordow dianggap paling strategik dan sukar dimusnahkan kerana terletak di bawah tanah dalam kawasan pergunungan serta pernah dikesan memperkaya uranium hampir ke tahap senjata nuklear; hanya bom khas seperti Massive Ordnance Penetrator milik AS dipercayai mampu menembusinya.
  • Serangan ini menandakan penglibatan langsung AS dalam konflik Iran-Israel, dengan Trump menyatakan ia sebagai tindak balas terhadap ancaman dan permintaan Israel, namun jenis bom yang digunakan masih belum diumumkan secara rasmi.

Trump sebelum ini memberi bayangan bahawa beliau mempertimbangkan permintaan Israel untuk membantu mengebom Fordow dengan senjata yang tidak dimiliki oleh sekutunya itu di Asia Barat.
Trump pada sidang media hari ini, mengumumkan Washington telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran: Fordow, Natanz, dan Esfaha. - Gambar/ AP
Trump pada sidang media hari ini, mengumumkan Washington telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran: Fordow, Natanz, dan Esfaha. - Gambar/ AP
Namun, penting untuk kita fahami apakah sebenarnya signifikan tapak nuklear Fordow sehinggakan Amerika Syarikat sanggup masuk campur secara terbuka dalam konflik Iran-Israel dengan mengebomnya?
- Fordow pada asalnya dibina sebagai kemudahan ketenteraan untuk Kor Pengawal Revolusi Islam (Islamic Revolutionary Guard Corps). Ia terletak kira-kira 30 kilometer timur laut bandar Qom di bahagian barat laut Iran.
- Iran mendedahkan penukaran tapak Fordow kepada fasiliti nuklear dalam sepucuk surat kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), badan pemantau nuklear global, pada 21 September 2009, selepas mengetahui bahawa perkhidmatan risikan Barat sudah pun mengetahui mengenainya.
- Fordow merupakan satu-satunya fasiliti Iran di mana pemeriksa IAEA telah menemui uranium yang diperkaya hampir ke tahap ketulenan bagi senjata nuklear. Penemuan itu berlaku semasa satu pemeriksaan mengejut pada tahun 2023.
- Memetik agensi Al Jazeera, Fordow dilaporkan mempunyai kemampuan untuk memperkaya uranium ke tahap yang lebih tinggi (hingga 60% atau lebih) — semakin hampir kepada tahap yang diperlukan untuk menghasilkan senjata nuklear (90%). Ini menjadikan tapak ini sangat sensitif dari segi keselamatan antarabangsa.
- Fordow dianggap jauh lebih sukar disasarkan berbanding Natanz kerana ia terletak di bawah tanah dalam kawasan pergunungan.
- Israel tidak mempunyai keupayaan untuk menembusi fasiliti Fordow melainkan dengan menghantar unit komando untuk masuk ke dalam dan meletupkan bahan letupan secara fizikal — satu operasi yang berisiko tinggi.
- Amerika Syarikat, bagaimanapun, mempunyai sejenis bom yang secara teorinya mampu memusnahkan Fordow. Bom tersebut dikenali sebagai Massive Ordnance Penetrator yang mempunyai berat 13,600 kilogram (30,000 paun).
Jika bom ini dijatuhkan dalam jumlah mencukupi menggunakan pengebom B-2, ia berkemungkinan mampu meruntuhkan kubu bawah tanah Fordow.
- Pentadbiran Trump telah mengesahkan bahawa pesawat B-2 telah digunakan dalam serangan pada Ahad.
- Namun begitu, setakat ini AS belum menjelaskan secara rasmi jenis bom yang digunakan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Konflik Iran-Israel
#Donald Trump
#tapak nuklear Fordow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami