[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Konflik Iran-Israel: Hak di bawah undang-undang antarabangsa tidak boleh dirampas melalui perang - Presiden Iran

Bernama 22/06/2025 | 06:35 MYT
Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa Iran tidak akan sesekali menerima tuntutan untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu menegaskan bahawa hak yang diberikan kepada negara di bawah undang-undang antarabangsa "tidak boleh dirampas melalui peperangan dan ancaman," lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa hak negara di bawah undang-undang antarabangsa tidak boleh dirampas melalui peperangan dan ancaman, serta menyatakan kesediaan Iran untuk berdialog mengenai program nuklear secara aman.
  • Dalam perbualan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, Pezeshkian menolak sebarang tuntutan untuk menghentikan pengayaan uranium dan memberi amaran bahawa tindak balas terhadap pencerobohan Israel akan lebih tegas.
  • Konflik tercetus selepas serangan udara Israel pada 13 Jun ke atas kemudahan Iran, menyebabkan 430 kematian dan lebih 3,500 cedera; Iran menegaskan rundingan hanya akan diterima jika selari dengan hak antarabangsa.

Presiden Iran itu berkata dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron, bahawa negaranya bersedia untuk berdialog dan bekerjasama bagi membina keyakinan terhadap aktiviti nuklearnya yang aman, namun menegaskan bahawa Iran tidak akan sesekali menerima tuntutan untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya, menurut Press TV yang dikendalikan kerajaan.
"Pada masa sama, tindak balas kami terhadap pencerobohan rejim Zionis akan menjadi lebih kuat dan tegas," katanya. "Iran bersedia untuk rundingan bagi menyelesaikan isu, namun sebarang perbincangan atau prasyarat hanya akan diterima sekiranya ia sejajar dengan hak dan norma yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa."
[TERKINI] Konflik Iran-Israel: Apa kita tahu setakat ini?
Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa tapak di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Sementara itu, di Iran, serangan Israel telah mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Iran.
-- BERNAMA
#Konflik Iran-Israel #serangan Amerika Syarikat #Presiden Iran #Masoud Pezeshkian