awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran berikan amaran kepada AS agar tidak terlibat dalam serangan Israel, gesa kembali ke meja rundingan
MALAYSIA
Dua remaja sesat diselamatkan selepas 'WhatsApp' lokasi keberadaan
POLITIK
Fuziah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PKR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Iran-Israel: Indonesia bawa pulang 100 rakyatnya

Bernama
Bernama
21/06/2025
10:15 MYT
Konflik Iran-Israel: Indonesia bawa pulang 100 rakyatnya
Menurut Kementerian Luar, seramai 386 rakyat Indonesia kini menetap di Iran manakala 192 lagi berada di Israel. - Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Indonesia memindahkan 100 rakyatnya dari Iran dan wilayah yang diduduki Israel berikutan risiko konflik di rantau itu semakin meningkat, kata Menteri Luar Sugiono pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Indonesia memindahkan 100 rakyatnya dari Iran dan wilayah yang diduduki Israel berikutan peningkatan risiko konflik, dengan 96 orang tiba selamat di Baku, Azerbaijan, dan empat lagi dipindahkan melalui Jordan.
  • Menteri Luar Sugiono menyatakan fasa pertama misi pemindahan berjalan lancar, sambil kementerian terus memantau keadaan 386 rakyat Indonesia di Iran dan 192 lagi di Israel.
  • Sugiono, yang berada di Istanbul untuk mesyuarat OIC, menyeru penyelesaian krisis melalui dialog dan menekankan pentingnya semua pihak bertenang dalam menghadapi ketegangan serantau.

Daripada jumlah itu, seramai 96 orang terdiri daripada 93 warga Indonesia, tiga kakitangan kedutaan serta seorang warganegara Iran yang berkahwin dengan rakyat Indonesia, berjaya menyeberangi sempadan Iran-Azerbaijan dan tiba dengan selamat di Baku.
"Mereka kini sedang berehat di Baku selepas menempuh perjalanan selama 16 jam.
"Perjalanan agak lancar dan selamat walaupun keadaan di sempadan agak sesak berbanding biasa," katanya dalam kenyataan video yang dikeluarkan Kementerian Luar dari Istanbul.
Baki empat lagi rakyat Indonesia dipindahkan melalui operasi berasingan dari wilayah yang diduduki Israel menerusi Jordan dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.
Sugiono berkata pihak kementerian terus memantau secara rapat keadaan rakyat Indonesia di rantau berkenaan dan memaklumkan bahawa fasa pertama misi pemindahan berjalan lancar.
Menurut Kementerian Luar, seramai 386 rakyat Indonesia kini menetap di Iran manakala 192 lagi berada di Israel.
Sugiono kini berada di Istanbul bagi menghadiri Sesi ke-51 Persidangan Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung dari 21 hingga 22 Jun, dengan situasi di Iran dan Gaza dijangka menjadi tumpuan perbincangan.
Beliau turut menggesa semua pihak agar bertenang dan memilih jalan dialog demi mencari penyelesaian terhadap krisis yang sedang berlaku.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Indonesia
#bawa pulang rakyat
#menyeberangi sempadan Iran-Azerbaijan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami