[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Konflik Israel-Iran: Jabatan Negara keluarkan amaran untuk rakyat AS di luar negara

Bernama 23/06/2025 | 04:00 MYT
Amaran itu dikeluarkan susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa tentera AS telah melancarkan serangan awal pagi Ahad ke atas kemudahan nuklear Iran. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Ahad mengeluarkan amaran keselamatan global yang menasihatkan rakyatnya di luar negara supaya "mengambil langkah berjaga-jaga tambahan", lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran keselamatan global kepada rakyatnya di luar negara agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan konflik antara Israel dan Iran yang menyebabkan gangguan perjalanan dan penutupan ruang udara di Timur Tengah.
  • Kenyataan rasmi menyebut kemungkinan berlakunya demonstrasi terhadap warga Amerika Syarikat dan kepentingan negara itu di luar negara.
  • Amaran ini dikeluarkan selepas Presiden Donald Trump mengumumkan serangan tentera AS ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas Iran pada 13 Jun.

Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
"Konflik antara Israel dan Iran telah menyebabkan gangguan perjalanan serta penutupan ruang udara secara berkala di seluruh Timur Tengah.
"Terdapat juga kemungkinan berlakunya demonstrasi terhadap warga AS dan kepentingan negara itu di luar negara," menurut kenyataan jabatan itu.
Amaran itu dikeluarkan susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa tentera AS telah melancarkan serangan awal pagi Ahad ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan yang disifatkan sebagai "amat berjaya".
Konflik tercetus pada 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
-- BERNAMA
#konflik Israel-Iran #Amerika Syarikat #rakyat AS #Jabatan Negara AS