[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Konflik Israel-Iran: Kumpulan pertama rakyat Indonesia dari Tehran selamat tiba di Jakarta

Agensi 25/06/2025 | 00:00 MYT
Kumpulan pertama warga Indonesia dari Iran selamat tiba di Jakarta pada Selasa, selepas kerajaan Indonesia mengambil langkah segera memindahkan mereka sebelum gencatan senjata antara Israel dan Iran berkuat kuasa.- Gambar Reuters
JAKARTA: Kumpulan pertama warga Indonesia dari Iran selamat tiba di Jakarta pada Selasa, selepas kerajaan Indonesia mengambil langkah segera memindahkan mereka sebelum gencatan senjata antara Israel dan Iran berkuat kuasa.
Seorang daripada 11 rakyat Indonesia yang dibawa pulang, Ali Murtado menyifatkan keadaan di Tehran sebagai menakutkan ketika proses pemindahan melalui sempadan Iran-Azerbaijan.
"Kali terakhir saya berada di Tehran, ketika kami sedang dipindahkan dan bermalam di Kedutaan Besar Indonesia, keadaannya agak menakutkan kerana terdapat beberapa serangan dari Israel.
"Namun, semua serangan itu tersasar dan kebanyakannya hanya mengenai tanah, kerana kebanyakan serangan berjaya dipintas," katanya.
Dalam pada itu, pegawai Kementerian Luar Negeri, Andi Rachmianto memaklumkan, kumpulan pertama melibatkan seramai 97 rakyat Indonesia telah dibawa pulang dari Iran, dan sebahagian daripada mereka masih menunggu penerbangan dari Baku, Azerbaijan untuk pulang ke tanah air.
Kerajaan Indonesia terus memantau keadaan semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan warganya di lran.
#konflik Israel-Iran #rakyat Indonesia #Israel serang Iran #kemudahan nuklear Iran