awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Rusia-Ukraine: Presiden Vladimir Putin arah petani jadi tentera

Faida Rahim
Faida Rahim
28/09/2022
04:20 MYT
Konflik Rusia-Ukraine: Presiden Vladimir Putin arah petani jadi tentera
Langkah Putin itu dianggap membahayakan rantaian bekalan makanan sekaligus memberi kesan kepada musim menuai tahun depan. - Foto AP
MOSCOW: Berikutan konflik berpanjangan, Presiden Rusia Vladimir Putih mengarahkan perintah terbaharu kepada para petani di negara itu untuk berkhidmat sebagai tentera.
Memetik laporan Reuters, kerahan tentera ini sebahagian dari penstrukturan mobilisasi ketenteraan di kala Rusia berdepan tekanan hebat pejuang Ukraine yang disokong persenjataan Barat.
"Saya ingin menyampaikan sesuatu kepada pemimpin wilayah dan pemimpin penggiat sektor pertanian. Sebagai sebahagian daripada ‘mobilisasi separa’, tenaga petani juga akan dikerah. Keluarga mereka harus menyokong mereka. Saya meminta semua pihak memberi perhatian yang teliti terhadap isu ini," kata Putin.
Bagaimanapun, langkah Putin itu dianggap membahayakan rantaian bekalan makanan sekaligus memberi kesan kepada musim menuai tahun depan.
Ini kerana Rusia sebagai negara pengeksport gandum terbesar dunia bakal menyaksikan para petani diperlukan bagi memastikan bekalan gandum tidak terjejas.
Terdahulu, Putin melaksanakan dasar mobilisasi separa dengan mengerah 300,000 tentera simpanan selepas tenteranya kehilangan sejumlah besar wilayah yang dirampas ketika fasa awal peperangan.
Tindakan Putih mendapat tentangan masyarakat Rusia yang menolak peperangan dan memutuskan untuk berarak di bandar Rusia sebagai tanda protes.
Perintah Putin dibuat untuk memberi isyarat akan terus menawan wilayah di timur dan selatan Ukraine dengan mengadakan referendum untuk membawa wilayah itu menjadi sebahagian daripada Russia.
Topic Berkaitan
#Referendum
#konflik Rusia-Ukraine
#Vladimir Putin
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan