awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan Bantuan Awal Persekolahan dijangka selesai selewat-lewatnya hujung minggu ini
Sesi persekolahan 2026/2027 bermula hari ini di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar di dua wilayah Afrika Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sudan: 30 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air esok

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2023
07:14 MYT
Konflik Sudan: 30 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air esok
Seramai 30 rakyat Malaysia tiba di Pengkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah pada 8.54 malam Rabu (waktu Saudi) menaiki kapal tentera laut Arab Saudi HMS Abha. - Foto/ Twitter Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Seramai 30 rakyat Malaysia tiba di Jeddah pada malam Rabu waktu tempatan selepas mengharungi perjalanan mencabar dari Khartoum, Sudan yang bermula sejak Isnin.
Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan ringkas di media sosial rasminya, mereka dijangka pulang ke tanah air menaiki pesawat Saudia pada Jumaat.
Konvoi tersebut tiba pada jam 8.54 malam waktu tempatan di Jeddah dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi HMS Abha dari Port Sudan.
“Duta Besar Malaysia ke Sudan Mohamad Razdan Jamil selamat tiba di Pengkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah pada 8.54 malam (waktu Saudi), 26 April.
“Beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah,” memetik hantaran tersebut.
Seramai 22 warga asing dari pelbagai negara turut bersama konvoi Malaysia sepanjang operasi pemindahan itu.
“Sekali lagi, kami ingin menyatakan penghargaan penuh kepada kerajaan Arab Saudi atas bantuan dan layanan baik sepanjang operasi yang berjaya ini,” menurut Wisma Putra.
1/ Malaysian Ambassador to Sudan H.E. Mohamad Razdan Jamil arrived safely at the King Faisal Naval Base in Jeddah at 8.54 pm (Saudi time), 26 April. He was received by Malaysian Ambassador to KSA H.E. Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. pic.twitter.com/vIQQtLmpKj
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) April 27, 2023
Pada Selasa, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu bahawa 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum tiba di Port Sudan pada 8.07 malam waktu Malaysia pada Isnin selepas perjalanan darat sejauh 1,233 kilometer yang mengambil masa 30 jam.
Dalam misi itu, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain dalam proses pemindahan itu termasuk 14 warga Singapura; enam warga Kemboja; dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina, Sudan dan Palestin.
Topic Berkaitan
#Sudan
#Zambry Abdul Kadir
#rakyat Malaysia
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan