awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APAD batal 100 permit lori syarikat Lian Gang Logistics
Mahkamah benar Rosmah dapat sementara pasport untuk lawat anak perempuan di Singapura
Cabutan Simpan SSPN 2026 tawar hadiah hampir RM1.4 juta, tarik minat generasi muda menabung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Thailand-Kemboja: Anwar sahkan tangguh Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN

Asyraf Malik
Asyraf Malik
15/12/2025
05:15 MYT
Konflik Thailand-Kemboja: Anwar sahkan tangguh Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika ini usaha diplomatik tetap diteruskan untuk meredakan ketegangan di rantau Asia Tenggara, khususnya pertempuran antara Thailand dan Kemboja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadual berlangsung pada Selasa ditangguhkan bagi memberi ruang kepada usaha penyelarasan berkaitan konflik antara Thailand dan Kemboja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika ini usaha diplomatik tetap diteruskan untuk meredakan ketegangan di rantau Asia Tenggara, khususnya membabitkan kedua-dua negara berkenaan.
Tegasnya, Malaysia akan memainkan peranan aktif dengan mengadakan komunikasi berterusan bersama semua pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian secara aman.
“Kami terus merayu supaya pertempuran dihentikan kerana situasi kini dilihat kritikal.
“Saya berhubung dengan mereka (kepimpinan Thailand dan Kemboja) secara maya hampir setiap hari,” ujar Anwar ketika ditemui pemberita selepas melancarkan penerbitan buku legasi aktivis sosial S.M. Mohamed Idris, di sini, pada Isnin.
Mengulas kemungkinan Thailand bakal mengenakan sekatan eksport ekonomi ke Kemboja, Anwar berkata perbincangan masih berjalan bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.
“Kami masih berunding untuk cuba kembali menyejukkan keadaan,” katanya.
Ketegangan melibatkan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja meruncing sejak minggu lalu, dengan sekurang-kurangnya 16 tentera dan 10 orang awam Thailand terkorban, manakala lebih 258,000 penduduk terpaksa berpindah.
Selain itu, Kemboja pula melaporkan 11 kematian, 74 cedera dan hampir 395,000 penduduk dipindahkan.
Pada 12 Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan Thailand dan Kemboja bersetuju menghentikan pertempuran di sepanjang sempadan selepas perbincangan menerusi panggilan telefon diadakan dengan pemimpin kedua-dua negara.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#konflik Thailand-Kemboja
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan