DUNIA
Konflik Thailand-Kemboja: Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tertutup

Menurut Majlis Keselamatan, mesyuarat yang dijadualkan pada 3 petang EDT (1900 GMT) Jumaat dilaporkan telah diminta oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Manet. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan mengadakan mesyuarat tertutup pada Jumaat bagi membincangkan konflik bersenjata yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja, menurut laporan Xinhua dan agensi berita antarabangsa.
Ringkasan AI
- Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tertutup pada Jumaat atas permintaan Perdana Menteri Kemboja untuk membincangkan konflik bersenjata yang memuncak di sempadan Thailand-Kemboja.
- Pertempuran berlaku berhampiran Kuil Ta Moan Thom dengan kedua-dua negara saling menuduh melanggar undang-undang antarabangsa; 14 rakyat Thailand dan seorang penduduk Kemboja dilaporkan terbunuh.
- PBB menyeru penyelesaian melalui dialog, dan mesyuarat dijangka membincangkan langkah diplomatik serta kemanusiaan termasuk cadangan gencatan senjata dan penempatan semula penduduk.
Menurut Timbalan Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam Thailand, seramai 14 rakyat Thailand terbunuh dan 46 cedera dalam pertempuran setakat jam 9 malam waktu tempatan pada Khamis.
Di pihak Kemboja, Timbalan Gabenor wilayah Oddar Meanchey, Met Meas Pheakdey, mengesahkan bahawa seorang penduduk terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan artileri Thailand.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres, melalui jurucakapnya Farhan Haq, menyeru kedua-dua negara agar mengambil langkah berhemah dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog demi kestabilan serantau.
Mesyuarat UNSC dijangka membincangkan langkah diplomatik dan kemanusiaan yang boleh diambil oleh komuniti antarabangsa, termasuk cadangan gencatan senjata dan penempatan semula penduduk yang terjejas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami