DUNIA
Konflik Thailand-Kemboja: Ribuan penduduk tinggalkan kediaman susulan pertempuran di sempadan
Ribuan penduduk melarikan diri selepas pertempuran sengit dan serangan udara di sempadan Thailand-Kemboja. -Gambar AP
BANGKOK/PHNOM PENH: Ribuan penduduk di kawasan sempadan Thailand-Kemboja melarikan diri selepas pertempuran sengit dan serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa, termasuk empat orang awam Kemboja dan seorang anggota tentera Thailand.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, serangan udara dilancarkan pada Isnin selepas tentera Kemboja didakwa melepaskan tembakan ke arah pos sempadan Thailand di wilayah Ubon Ratchathani.
“Thailand menggunakan pesawat menyerang sasaran ketenteraan Kemboja di beberapa lokasi bagi mengekang serangan balas,” katanya.
Kementerian Pertahanan Kemboja pula menuduh Thailand melancarkan serangan ke atas wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey, termasuk kawasan berhampiran kuil Tamone Thom.
Jurucakap kementerian, Maly Socheata, menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara terang-terangan dan menegaskan Kemboja tidak membalas serangan tersebut.
Kementerian Penerangan Kemboja mengesahkan empat orang awam terbunuh dan 10 lagi cedera dalam serangan udara Thailand.
Gambar yang dikeluarkan oleh Agence Kampuchea Press menunjukkan penduduk tempatan meninggalkan kediaman mereka di Oddar Meanchey dan Preah Vihear dalam keadaan tergesa-gesa.
Pihak berkuasa Thailand turut memindahkan lebih 35,000 penduduk dari empat daerah sempadan ke pusat perlindungan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
Pertikaian sempadan di antara kedua-dua negara berlarutan sejak sekian lama dan mencetuskan konflik lima hari pada Julai lalu sebelum satu perjanjian gencatan senjata dimeterai di Kuala Lumpur dengan pengantaraan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Pemerhati serantau bimbang konflik ini boleh mencetuskan ketegangan lebih luas di rantau Indochina, terutamanya dengan penggunaan dron bersenjata dan artileri berat oleh kedua-dua pihak.
Setakat ini, usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan masih belum menunjukkan hasil ketara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Ribuan penduduk melarikan diri selepas pertempuran sengit dan serangan udara di sempadan Thailand-Kemboja.
- Serangan udara dilancarkan Thailand sebagai tindak balas terhadap tembakan tentera Kemboja ke arah pos sempadan Thailand.
- Kementerian Pertahanan Kemboja menuduh Thailand melancarkan serangan ke wilayah Kemboja, menyebabkan korban nyawa dan cedera.
Menurut jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, serangan udara dilancarkan pada Isnin selepas tentera Kemboja didakwa melepaskan tembakan ke arah pos sempadan Thailand di wilayah Ubon Ratchathani.
“Thailand menggunakan pesawat menyerang sasaran ketenteraan Kemboja di beberapa lokasi bagi mengekang serangan balas,” katanya.
Kementerian Pertahanan Kemboja pula menuduh Thailand melancarkan serangan ke atas wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey, termasuk kawasan berhampiran kuil Tamone Thom.
Jurucakap kementerian, Maly Socheata, menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara terang-terangan dan menegaskan Kemboja tidak membalas serangan tersebut.
Kementerian Penerangan Kemboja mengesahkan empat orang awam terbunuh dan 10 lagi cedera dalam serangan udara Thailand.
Gambar yang dikeluarkan oleh Agence Kampuchea Press menunjukkan penduduk tempatan meninggalkan kediaman mereka di Oddar Meanchey dan Preah Vihear dalam keadaan tergesa-gesa.
Pihak berkuasa Thailand turut memindahkan lebih 35,000 penduduk dari empat daerah sempadan ke pusat perlindungan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
Pertikaian sempadan di antara kedua-dua negara berlarutan sejak sekian lama dan mencetuskan konflik lima hari pada Julai lalu sebelum satu perjanjian gencatan senjata dimeterai di Kuala Lumpur dengan pengantaraan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Pemerhati serantau bimbang konflik ini boleh mencetuskan ketegangan lebih luas di rantau Indochina, terutamanya dengan penggunaan dron bersenjata dan artileri berat oleh kedua-dua pihak.
Setakat ini, usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan masih belum menunjukkan hasil ketara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan pertempuran sengit di sempadan Thailand-Kemboja?
A: Pertempuran bermula selepas tentera Kemboja didakwa melepaskan tembakan ke arah pos sempadan Thailand. - Q: Berapa jumlah korban nyawa yang dilaporkan akibat serangan udara di kawasan tersebut?
A: Serangan udara menyebabkan sekurang-kurangnya lima nyawa terkorban, termasuk empat orang awam Kemboja dan seorang anggota tentera Thailand. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Thailand sebagai langkah berjaga-jaga?
A: Pihak berkuasa Thailand telah memindahkan lebih 35,000 penduduk dari empat daerah sempadan ke pusat perlindungan sementara.