awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik AS - Venezuela: Tentera Amerika bunuh 11 individu didakwa bawa dadah

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2025
01:20 MYT
Konflik AS - Venezuela: Tentera Amerika bunuh 11 individu didakwa bawa dadah
Tentera Amerika Syarikat membunuh sekurang-kurangnya 11 individu dalam satu serangan ke atas sebuah bot dari Venezuela yang didakwa membawa dadah haram di Caribbean pada Selasa.
Tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh sekurang-kurangnya 11 individu dalam satu serangan ke atas sebuah bot dari Venezuela yang didakwa membawa dadah haram di Caribbean pada Selasa.
Presiden Donald Trump dalam hantaran di Truth Social berkata, serangan itu berlaku di perairan antarabangsa ketika bot berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan barangan terlarang itu ke Amerika Syarikat.
Trump turut memaklumkan kepada wartawan di White House bahawa tentera AS telah menembak sebuah bot sarat dengan dadah dari Venezuela, sambil menambah, Pentagon akan mengeluarkan butiran lanjut berhubung operasi itu dalam masa terdekat.
Seorang pegawai pertahanan AS mengesahkan operasi tersebut sebagai “serangan tepat ke atas sebuah bot dadah” namun, enggan mendedahkan kaedah serangan, jenis dadah yang dirampas atau identiti mereka yang berada di atas bot berkenaan.
Kementerian Komunikasi Venezuela setakat ini masih belum memberikan sebarang maklum balas.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio menerusi hantaran di X berkata, bot itu berlepas dari Venezuela sebelum diserang di selatan Caribbean, sambil menyifatkannya sebagai “serangan maut.”
Difahamkan, tujuh kapal perang AS bersama sebuah kapal selam nuklear penyerang pantas kini berada atau bakal ditempatkan di rantau itu, dengan membawa lebih 4,500 anggota tentera laut dan marin.
Antara kapal yang terlibat ialah USS San Antonio, USS Iwo Jima dan USS Fort Lauderdale yang berkeupayaan membawa aset udara seperti helikopter serta peluru berpandu Tomahawk.
Selain itu, tentera AS turut mengerahkan pesawat intip P-8 untuk mengumpul risikan di rantau berkenaan yang dilaporkan terbang di ruang udara antarabangsa.
Penempatan besar-besaran ini dilihat melebihi operasi rutin Pengawal Pantai dan Tentera Laut AS di Caribbean Selatan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Dadah
#Venezuela
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan