Kongres ke Georgia untuk kempen kesedaran

Astro Awani
Mac 26, 2021 22:35 MYT
Anggota polis di luar sebuah spa susulan kejadian tembakan rambang pada 16 Mac 2021. - Foto AP/Brynn Anderson
Ketua Kongres Asia Pasifik Kaukus Amerika akan membawa delegasi anggota ke Georgia hujung minggu ini bagi menentang kejadian tembakan rambang di sana.
Ia juga bertujuan sebagai kempen memberi kesedaran tentang sentimen kebencian ke atas orang Asia Amerika di sana yang semakin memburuk.
Dalam satu sidang maya bagi kempen "Hari Tindakan Kebangsaan Menentang Kebencian Asia", wakil Kongres Judy Chu percaya, bahawa pembunuhan yang berlaku harus dituntut sebagai jenayah kebencian.
“Hanya undang-undang boleh membantu mengubah keadaan ini. Dan, pertama sekali, Kongres perlu terus mengutuk jenayah kebencian Anti Asia,” katanya.
Tembakan rambang yang berlaku di tiga spa di Georgia baru-baru ini menyebabkan 8 maut, 6 daripada mereka berketurunan Asia.
Sentimen itu menyusuli gelombang serangan terhadap golongan Asia Amerika sejak bermulanya pandemic COVID-19.
Komuniti Asia Amerika pula melihat tragedi yang berlaku di Georgia sebagai satu peringatan yang perlu diberi perhatian serius.
#undang-undang #pandemik #California #jenayah #maut #serangan #tembakan #Asia #video