awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Pertabalan: Putera William zahir penghargaan, persembahan ekstravaganza

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2023
00:20 MYT
Konsert Pertabalan: Putera William zahir penghargaan, persembahan ekstravaganza
Kerabat Diraja Britain menghadiri Konsert Pertabalan Raja Charles III yang berlangsung lebih 2 jam di perkarangan Istana Windsor. - Foto Media Pool via REUTERS
LONDON: Putera William menzahirkan penghargaan kepada bapanya dalam konsert ekstravaganza bagi meraikan pertabalan Raja Charles III.
"Pa, kami semua bangga dengan anda," kata Putera Wales itu sebelum memuji sifat dedikasi bapanya terhadap takhta yang dimiliki termasuk gerak kerja kebajikan dan alam sekitar.
Pewaris takhta itu menyampaikan penghargaan tersebut di hadapan 20,000 orang yang menghadiri konsert yang berlangsung di Istana Windsor.
Lionel Richie antara selebriti yang membuat persembahan menyampaikan lagu All Night Long pada konsert itu. - Foto REUTERS
Lionel Richie antara selebriti yang membuat persembahan menyampaikan lagu All Night Long pada konsert itu. - Foto REUTERS
Antara selebriti yang terlibat adalah kumpulan Take That, Lionel Richie, Katy Perry, Paloma Faith, Andrea Brocelli, Sir Bryn Terfel dan Alexis Ffrench.
Pelbagai persembahan turut disajikan termasuk teater, balet termasuk menampilkan bintang utama Doctor Who, Ncuti Gatwa dalam persembahan intepretasi Shakespeare, Romeo dan Juliet.
Hadir sama adalah Puteri Wales, Kate Middleton bersama dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte.
Putera Louis yang baharu menjengah usia 5 tahun pada 23 April lalu tidak hadir dan berada di kediaman mereka.
Katy Perry antara selebriti yang hadir melakukan persembahan pada Konsert Pertabalan yang berlangsung selama lebih 2 jam itu. - Foto REUTERS
Katy Perry antara selebriti yang hadir melakukan persembahan pada Konsert Pertabalan yang berlangsung selama lebih 2 jam itu. - Foto REUTERS
Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu berlangsung di Laman Timur istana tersebut sekali gus menjadi majlis pertama seumpamanya berlangsung di istana itu.
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#konsert pertabalan
#Istana Windsor
#pertabalan Raja Charles III
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan