awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi Miss Universe 2025: Pengarah Miss Universe Thailand mohon maaf secara terbuka

Agensi
Agensi
06/11/2025
02:30 MYT
Kontroversi Miss Universe 2025: Pengarah Miss Universe Thailand mohon maaf secara terbuka
Nawat Itsaragrisil dilaporkan menegur Bosch secara terbuka kerana didakwa enggan memuat naik bahan promosi berkaitan Thailand sebagai negara tuan rumah. - Gambar Instagram/nawat.tv
BANGKOK: Pengarah Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil tampil memohon maaf secara terbuka susulan insiden kontroversi melibatkan peserta Miss Universe Mexico, Fatima Bosch yang mencetuskan kemarahan global dan reaksi keras daripada organisasi induk pertandingan ratu cantik itu.
Insiden berlaku pada 4 November lalu ketika majlis sashing ceremony apabila Nawat dilihat menegur Bosch secara terbuka kerana didakwa enggan memuat naik bahan promosi berkaitan Thailand sebagai negara tuan rumah.
Dalam tegurannya, Nawat didakwa menggelar Bosch sebagai “b****” kerana menurut arahan pengarah negara asalnya.
Kenyataan itu mencetuskan kemarahan ramai termasuk Presiden Miss Universe Organization (MUO), Raul Rocha yang menyifatkan tindakan Nawat sebagai penghinaan terhadap wanita dan melanggar nilai-nilai pertandingan.
MUO kemudian mengumumkan sekatan terhadap penglibatan Nawat dalam acara rasmi Miss Universe 2025 serta memutuskan hubungan dengan organisasi tempatan yang diketuai beliau.
Dalam majlis sambutan peserta Miss Universe 2025 malam tadi, Nawat tampil memohon maaf secara terbuka sambil menahan sebak.
“Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya tidak dapat mengawal tekanan. Saya tidak berniat untuk menyakiti sesiapa. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya sambil tunduk hormat kepada para peserta.
Namun, dalam sidang media berasingan, Nawat menafikan beliau menggunakan perkataan “b****” dan mendakwa hanya menyebut “damage” (kerosakan) dalam konteks tindakan Bosch yang menurutnya boleh menjejaskan imej pertandingan.
Kontroversi ini turut menyaksikan beberapa peserta lain bertindak keluar dari majlis sebagai tanda solidariti terhadap Bosch.
Reaksi pantas diambil MUO termasuk menghantar delegasi khas ke Thailand untuk mengambil alih pengurusan acara dan memastikan persekitaran pertandingan yang selamat dan profesional.
Dalam kenyataan rasmi, Miss Universe Mexico menyifatkan insiden itu sebagai “tidak boleh diterima” dan menegaskan, tiada wanita patut dihina atau dipermalukan di pentas antarabangsa.
Miss Universe 2025 dijadual berlangsung pada 21 November ini di Impact Challenger Hall, Nonthaburi, Thailand. - Agensi
Topic Berkaitan
#Kontroversi Miss Universe 2025
#Fatima Bosch
#Nawat Itsaragrisil
#Nawat Itsaragrisil mohon maaf
#Miss Universe Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan