DUNIA
Konvoi bantuan di Gaza berdepan kelewatan walaupun laluan diisytihar 'selamat' - PBB

OCHA menggesa Israel supaya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial dalam jumlah besar secara konsisten dan serentak melalui semua lintasan dan pelbagai laluan. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Konvoi bantuan ke Gaza terus menghadapi pelbagai halangan dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, meskipun Israel memberi jaminan bahawa laluan tertentu telah diisytihar sebagai "selamat", menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Konvoi bantuan ke Gaza terus berdepan kelewatan dan risiko walaupun Israel mengisytiharkan laluan tertentu sebagai selamat.
- Hanya satu laluan dibenarkan keluar dari Kerem Shalom, dengan kewujudan pusat pemeriksaan sementara oleh tentera Israel yang menyukarkan pergerakan bantuan.
- PBB menggesa Israel membenarkan kemasukan bantuan dan bekalan secara konsisten melalui semua lintasan agar bantuan dapat diagihkan hingga ke peringkat komuniti.
Haq berkata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menggesa pihak berkuasa Israel supaya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial dalam jumlah besar secara konsisten dan serentak melalui semua lintasan dan pelbagai laluan.
"Bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir, bantuan mesti diagihkan hingga ke peringkat komuniti," katanya.
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak akhir 2023, yang mengorbankan lebih 60,200 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Serangan tanpa henti itu turut memusnahkan wilayah berkenaan dan menyebabkan kematian akibat kebuluran.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami