Korban akibat letupan gas di China meningkat kepada lima orang

Bernama
Oktober 24, 2021 13:59 MYT
Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah restoran di bandar Shenyang di wilayah Liaoning, timur laut China meningkat kepada lima manakala mangsa yang cedera bertambah kepada 47 orang. - Gambar hiasan
MOSCOW: Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah restoran di bandar Shenyang di wilayah Liaoning, timur laut China meningkat kepada lima manakala mangsa yang cedera bertambah kepada 47 orang, lapor Sputnik.
Menurut China Global Times, letupan itu berlaku pada Khamis pagi dan menjejaskan 99 bangunan, 1,858 isi rumah dan 93 kedai. Bangunan yang terjejas itu telah diperiksa dan 86 daripadanya didapati selamat untuk didiami.
Sebelum ini, pada Khamis laporan menyatakan sekurang-kurangnya seorang maut manakala 33 cedera dalam kejadian itu.
Punca letupan masih belum dapat dipastikan tetapi ia kemungkinan disebabkan oleh kerja-kerja baik pulih sistem saluran paip gas di bandar itu.
-- BERNAMA
#letupan gas #restoran #Shenyang #China #Liaoning