DUNIA
Korban banjir besar di Vietnam meningkat kepada 16 orang
Hujan lebat mencatatkan lebih 1,500 milimeter air dalam tiga hari, menyebabkan 43,000 kediaman ditenggelami air. -Foto AP
HANOI: Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala lima lagi masih hilang susulan banjir besar yang melanda wilayah tengah Vietnam sejak hujung minggu lalu, menurut laporan rasmi Kementerian Alam Sekitar negara itu pada Khamis.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hujan lebat berterusan yang mencatatkan lebih 1,500 milimeter dalam tempoh tiga hari menyebabkan lebih 43,000 kediaman ditenggelami air, selain mengakibatkan tanah runtuh di beberapa laluan utama.
Antara kawasan paling terjejas termasuk Gia Lai, Dak Lak dan bandar pelancongan Nha Trang, di mana blok bangunan dan ratusan kenderaan dilaporkan tenggelam sepenuhnya.
Pasukan penyelamat menggunakan bot dan peralatan khas untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah, termasuk memecahkan tingkap dan bumbung bagi memudahkan pemindahan.
“Keutamaan kami kini adalah mencari mangsa yang masih hilang dan memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko tinggi,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Vietnam.
Banjir turut menjejaskan lebih 10,000 hektar tanaman, termasuk ladang kopi yang sedang dalam musim menuai, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan dan eksport komoditi utama negara itu.
Vietnam, yang terkenal dengan pantai indah dan warisan budaya di wilayah tengah, sering berdepan risiko bencana alam seperti taufan dan banjir, terutamanya pada penghujung tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dan lima masih hilang susulan banjir besar di Vietnam.
- Hujan lebat mencatatkan lebih 1,500 milimeter air dalam tiga hari, menyebabkan 43,000 kediaman ditenggelami air.
- Banjir turut menjejaskan tanaman dan komoditi utama negara, memunculkan kebimbangan bekalan dan eksport.
Hujan lebat berterusan yang mencatatkan lebih 1,500 milimeter dalam tempoh tiga hari menyebabkan lebih 43,000 kediaman ditenggelami air, selain mengakibatkan tanah runtuh di beberapa laluan utama.
Antara kawasan paling terjejas termasuk Gia Lai, Dak Lak dan bandar pelancongan Nha Trang, di mana blok bangunan dan ratusan kenderaan dilaporkan tenggelam sepenuhnya.
Pasukan penyelamat menggunakan bot dan peralatan khas untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah, termasuk memecahkan tingkap dan bumbung bagi memudahkan pemindahan.
“Keutamaan kami kini adalah mencari mangsa yang masih hilang dan memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko tinggi,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Vietnam.
Banjir turut menjejaskan lebih 10,000 hektar tanaman, termasuk ladang kopi yang sedang dalam musim menuai, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan dan eksport komoditi utama negara itu.
Vietnam, yang terkenal dengan pantai indah dan warisan budaya di wilayah tengah, sering berdepan risiko bencana alam seperti taufan dan banjir, terutamanya pada penghujung tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah individu yang terkorban dan hilang susulan banjir di Vietnam?
A: Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala lima masih hilang susulan banjir besar di Vietnam. - Q: Apakah kesan utama banjir besar yang melanda Vietnam?
A: Hujan lebat mencatatkan lebih 1,500 milimeter air dalam tiga hari, menyebabkan 43,000 kediaman ditenggelami air. - Q: Apakah kesan banjir terhadap ekonomi Vietnam?
A: Banjir turut menjejaskan tanaman dan komoditi utama negara, memunculkan kebimbangan bekalan dan eksport.