awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban banjir di Jakarta meningkat kepada 43 orang

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2020
02:32 MYT
Korban banjir di Jakarta meningkat kepada 43 orang
Keadaan banjir di Jakarta yang telah meragut 43 nyawa setakat Jumaat. -Bernama
Korban akibat banjir yang melanda Jakarta sejak Rabu lepas, meningkat kepada 43 orang.
Wilayah Bogor mencatat angka korban paling tinggi dengan 16 orang manakala Lebak dan Jakarta Timur masing-masing dengan lapan dan tujuh mangsa, lapor suara.com.
Laporan sama turut menyebut beberapa punca kematian mangsa antaranya 17 maut akibat dibawa arus deras manakala 12 yang lain tertimbus tanah.
Walaupun keadaan banjir semakin pulih hari ini, namun lebih 60,000 orang dilaporkan masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara, lapor Bernama.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), jumlah mangsa banjir berkenaan adalah berdasarkan perangkaan setakat 9 malam tadi dan mereka yang terkorban adalah akibat lemas dihanyutkan arus deras, tertimbus tanah runtuh, terkena renjatan elektrik dan mengalami hipotermia.
Selain beberapa kawasan di ibu kota Jakarta, beberapa kawasan di kota berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor turut mengalami banjir berikutan hujan lebat pada awal pagi Rabu lepas.
"BNPB meminta penduduk yang rumah mereka masih dinaiki air berpindah ke tempat selamat berikutan hujan lebat diramalkan terus berlaku dan dibimbangi air akan naik mendadak," kata Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Agus Wibowo dalam satu kenyataan.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam kenyataan menyatakan antara punca banjir adalah disebabkan hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi sebelum ini adalah pada 2007 dengan bacaan 340 mm.
BMKG turut menyatakan hujan lebat diramalkan berlaku sehingga 10 Jan ini.
Topic Berkaitan
#Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika
#banjir
#BMKG
#hipotermia
#Indonesia
#Jakarta
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan