[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Korban banjir Manado meningkat

Agencies 18/02/2013 | 23:08 MYT
Operasi mencari dan menyelamat mangsa susulan banjir dan tanah runtuh di Manado, Sulawesi Utara Indonesia masih giat dijalankan.
Angka kematian setakat ini sudah mencapai 17 orang.
Setakat ini lebih lapan ribu orang dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak ditemui maut akibat dihanyutkan arus deras.
Sementara lebih seribu kediaman ditenggelami air.
Hujan lebat berterusan dan air pasang besar antara punca banjir berlaku.
#banjir #Manado