Skip to main content

Dunia

Korban banjir Nepal-Tibet cecah 768 orang, pengebumian sementara mangsa dimulakan

Nepalese policemen watch as earthmovers clear the debris of flash flooding in Nepal's Nuwakot district, Thursday, Aug. 27, 2026. (AP Photo/Niranjan Shrestha)
Pihak berkuasa Nepal memulakan pengebumian sementara sebahagian daripada ratusan jasad yang ditemui selepas jumlah kematian di negara itu meningkat kepada 752 orang. -Gambar fail/AP
Advertisement

KATHMANDU: Angka korban akibat banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal dan Tibet terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 768 orang setakat Ahad.

Pihak berkuasa Nepal memulakan pengebumian sementara sebahagian daripada ratusan jasad yang ditemui selepas jumlah kematian di negara itu meningkat kepada 752 orang.

Sementara itu, pihak berkuasa China mengesahkan 16 kematian dan 546 lagi masih hilang di Tibet susulan bencana yang berlaku pada Rabu lalu.

Di Nepal yang majoriti penduduknya beragama Hindu, proses pembakaran mayat lazimnya menjadi amalan utama dalam pengurusan jenazah.

Namun, jumlah korban yang terlalu besar menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melaksanakan pengebumian sementara bagi sebahagian mangsa.

Langkah itu diambil selepas kemudahan penyimpanan mayat berdepan kekangan kapasiti, selain kebimbangan berkaitan kesihatan awam apabila sebahagian jasad mula mereput.

Setiausaha Luar Nepal, Amrit Bahadur Rai, berkata semua jasad yang dikebumikan direkodkan dengan teliti dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) turut diambil sebelum pengebumian dijalankan.

Beliau berkata langkah itu penting bagi membolehkan waris mengenal pasti mangsa dan menuntut semula jasad mereka untuk urusan keagamaan pada masa hadapan.

"Pasukan perubatan mengambil sampel DNA daripada setiap mangsa sebelum pengebumian supaya keluarga boleh membuat padanan pada masa hadapan dan menggali semula jasad bagi melaksanakan ritual yang diperlukan," katanya.

Must Watch Video

Advertisement