ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.13 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 222,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 153,000 kes, India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 116,000 dan 87,000 kes kematian, manakala United Kingdom mencatatkan 44,000 kes.

Itali, Sepanyol, Perancis, Peru dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Colombia, Argentina dan Rusia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.