[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Korban COVID-19 di seluruh dunia lepasi angka 1.65 juta

Astro Awani 17/12/2020 | 22:06 MYT
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 309,000 kes. -Gambar fail/AP
JUMLAH korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Angka kematian berdasarkan data daripada Johns Hopkins University kini melebihi 1.65 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 309,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis dan Iran.

Manakala negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian ialah Sepanyol, Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.

Tiga negara catat angka korban melebihi 20,000 iaitu Afrika Selatan, Poland dan Jerman.

Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

#Johns Hopkins University #COVID-19 #jumlah kematian #angka korban #Indonesia #Amerika Syarikat #United Kingdom #sepanyol