INTERNATIONAL
Korban keganasan zionis di Gaza meningkat kepada 51,065
Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 73 lagi cedera akibat serangan terbaharu. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Jumlah korban susulan serangan tanpa henti rejim zionis di Gaza meningkat kepada 51,065 orang sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023.
Ringkasan AI
Al Jazeera yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 73 lagi cedera akibat serangan terbaharu.
Sekurang-kurangnya 1,691 orang telah terbunuh dan 4,464 lagi cedera sejak Israel menyambung semula pengeboman pada 18 Mac 2025, selepas melanggar perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani pada Januari.
Situasi semakin memburuk dengan lebih 500,000 penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan berterusan.
Di tengah-tengah konflik ini, Hamas dilaporkan sedang dalam perbincangan akhir mengenai tawaran gencatan senjata terbaharu daripada Israel, dengan keputusan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Kesepakatan tiga fasa ini akan dimulakan dengan pembebasan 33 tawanan terdiri daripada wanita, kanak-kanak, warga tua, dan orang awam yang cedera bermula 19 April.
Namun, harapan untuk perdamaian masih samar dengan kehadiran tentera Israel di Gaza yang terus menjadi isu utama dalam rundingan.
Masyarakat antarabangsa terus menyeru agar konflik ini dihentikan segera bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan di wilayah tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Jumlah korban serangan di Gaza meningkat kepada 51,065 orang sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023.
- Sejak Israel menyambung semula pengeboman pada 18 Mac 2025, sekurang-kurangnya 1,691 orang telah terbunuh dan 4,464 lagi cedera.
- Hamas sedang dalam perbincangan akhir mengenai tawaran gencatan senjata terbaharu daripada Israel, dengan keputusan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.