awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Eropah bersatu bantah tarif AS berhubung Greenland
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Patuh teguran Agong, tindakan tegas Ahli Parlimen sentuh 3R dalam sidang Parlimen - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban nahas tren laju di selatan Sepanyol meningkat kepada 39

Bernama
Bernama
19/01/2026
06:42 MYT
Korban nahas tren laju di selatan Sepanyol meningkat kepada 39
Tren Iryo dari Málaga ke Madrid tergelincir dan merempuh tren Renfe dari Madrid ke Huelva, menyebabkan dua gerabak tercampak ke cerun empat meter. -Foto Reuters
MADRID: Angka kematian dalam insiden perlanggaran dua tren laju berhampiran Adamuz, wilayah Córdoba, meningkat kepada 39 orang, menjadikannya antara tragedi rel berkelajuan tinggi paling buruk pernah direkodkan di Sepanyol.

Ringkasan AI
  • Tragedi perlanggaran dua tren laju berhampiran Adamuz, Sepanyol, mengakibatkan 39 kematian dan 245 cedera, termasuk 15 kritikal.
  • Tren Iryo dari Mlaga ke Madrid tergelincir dan merempuh tren Renfe dari Madrid ke Huelva, menyebabkan dua gerabak tercampak ke cerun empat meter, menyukarkan operasi menyelamat.
  • Pihak berkuasa kesukaran akses ke lokasi tragedi kerana kawasan berbukit, sementara punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Nahas pada Ahad itu turut menyebabkan 245 penumpang cedera, termasuk 15 yang berada dalam keadaan kritikal.
Menurut pihak berkuasa, impak kuat menyebabkan dua gerabak terawal tren Renfe tercampak ke cerun sedalam kira-kira empat meter, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.
Tragedi berlaku apabila tren Iryo dari Málaga ke Madrid tergelincir ketika melalui kawasan landasan lurus sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh tren Renfe yang dalam perjalanan dari Madrid ke Huelva.
Landasan berkenaan dilaporkan telah diselenggara pada Mei 2025.
Presiden wilayah Andalucía, Juanma Moreno, berkata pasukan kecemasan menggerakkan unit rawatan rapi mudah alih dan ambulans tambahan bagi membawa mangsa ke hospital berhampiran.
Beliau menzahirkan kebimbangan kemungkinan angka korban meningkat susulan keadaan beberapa mangsa yang masih kritikal.
Operasi menyelamat terus berdepan cabaran kerana sebahagian mangsa dipercayai terperangkap di kawasan gerabak yang rosak teruk.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa akses ke lokasi berkenaan amat sukar berikutan kedudukannya di kawasan berbukit.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
Menteri Pengangkutan, Óscar Puente, menyatakan insiden itu sebagai “amat pelik” memandangkan ia berlaku di laluan lurus yang baru melalui kerja penyelenggaraan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Pedro Sánchez membatalkan semua urusan rasmi pada Isnin bagi memantau situasi, manakala perkhidmatan rel antara Madrid dan Andalucía digantung sehingga siasatan selesai.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah kematian yang dilaporkan dalam insiden perlanggaran dua tren laju berhampiran Adamuz, wilayah Córdoba? A: Terdapat 39 orang yang dilaporkan meninggal dunia dalam insiden tersebut.
  • Q: Apakah jumlah penumpang yang cedera dalam nahas tersebut? A: Seramai 245 penumpang dilaporkan cedera, termasuk 15 yang dalam keadaan kritikal.
  • Q: Apa yang menyebabkan tragedi berlaku di antara tren Iryo dari Málaga ke Madrid dan tren Renfe dari Madrid ke Huelva? A: Tragedi berlaku apabila tren Iryo tergelincir ketika melalui kawasan landasan lurus sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh tren Renfe.

Topic Berkaitan
#kereta api tergelincir
#nahas tren di Sepanyol
#Madrid ke Huelva
#tren berkelajuan tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan